Thursday, August 25, 2011

1001 kisah di Mentari.

Selama 3 bulan,akhirnya aku membawa diri ke tempat orang.
Harap2 kali ni semuanya berjalan lancar.

Aku tak minta lebih dari Tuhan,sekadar petunjuk dan jalan supaya aku dapat berubah menjadi seseorang yang lebih baik.sekurang-kurangnya untuk diri aku sendiri dan keluarga.

Buat masa ni aku simpan hati aku dalam peti,simpan untuk sementara waktu.
Aku letak kuncinya di tepi dan harap2 suatu hari nanti ada orang yang sudi bukakkan dan ambilkan untuk aku

15hb sept final presentation.

Semua orang dah balik.Tinggal aku,eng dan berry lepak di lab..bertemankan Maya 2012.

Raya ni org sibuk tlg family buat persiapan raya,aku pulak sibuk merender di lab..huhu
Takpe la,dah namenye animator,kena la rasa life macam ni.

Tahun depan kalau ada rezeki betul2 rasa nak pergi jepun.Lagi best kalau dapat bawak seseorang ikut sekali.

Tengok la rezeki lepas CG skill ni macam mana.Semalam dapat contact dr tempat yg aku praktikal di pineng dulu.Dorang call aku sbb nk ksk sedikit upah semasa aku praktikal kat sana,under projek yg ak pernah join.

alhamdulilah,rezeki raya...walaupun aku just volunteer je time tu.Mungkin sebab kita ikhlas nk tolong, org pun ikhlas nak memberi.

Dalam hidup,tuhan temukan kita dengan pelbagai jenis orang.Tak semestinya orang yg kita jumpa dulu adalah yg penting bagi kita.Mungkin yang kemudian tu lebih baik.Mungkin juga lagi teruk.

Tapi ape pun,setiap pertemuan tu ada hikmah dari tuhan.Kalau tak kenapa ianya terjadi?

Tinggal sendiri saja berfikir apa hikmah di sebaliknya.

Sekarang ni aku cuma fikir tuk bahagiakan org yg aku suka.Aku nak buat dia tersenyum dan ada saat dia sedih.Paling penting dapat berkongsi saat dia gembira.
Sama ada dia nak bahagiakan aku atau tidak,itu pilihan dia.Hak dia untuk memilih siapa yg dia ingin bahagiakan.

Dalam dunia ni tak semua yg kita buat akan di balas balik setimpalnya.Memahami konsep ni dengan jelas,korang akan tahu apa maksudnye melakukan sesuatu dengan "ikhlas".

"Selamat berpuasa!! =)"

----------------

p/s:tibe2 ak rasa semnjak 2-3 bulan ni ak dh jadi protective..huhu susah la mcm ni o_0"

Thursday, May 26, 2011

Apa-apa saja asalkan Cool~

rembat dari facebook

1 universe,
8 planets,
204 countries,
809 islands,
7 seas,
6 billion people..

and

I'M STILL SINGLE


=) memang cool..haha

Aku tak tau sampai bile aku leh kekalkan status ni.Sebagai ahli kelab persatuan Chio Bu se Malaya,aku cuba berpegang teguh dengan prinsip,

"Tanpa Chio Bu untuk di hargai,siapalah kami".

walaupun status keahlian aku hampir2 terbatal tahun lepas.fuhh ... nasib baik. hehe

Untuk jadi cool,kena la jaga status ni.At least sampai aku betul2 dah setelkan 'perkara' tu dulu..hehe

Teluk Ketapang,Terengganu

masa aku singah di Teluk Ketapang,Terengganu,aku sempat snap gambar budak2 men layang2 kat tepi pantai.

p/s:sibuk memanjang.adik aku nak kawen,pakcik aku nak kawen,jiran sebelah umah aku nak kawen...apsal sume nye dlm minggu yg same?...duh -_-" keje plak...eh keje?
keje kat terengganu pun lum gerak lagi ni o_O"...

Friday, April 29, 2011

Betul-betul soleyley la kau ni~

Dulu aku belajar di SMAKJ,Kluang.
Setiap kali cuti sekolah,aku akan naik bas S&S.Masa tu tambang baru Rm2.70 kalau nak ke rumah aku dari Kluang.

Dan yang paling penting bas O.M.O masih lagi tak dipraktikalkan.
Korang tau ke O.M.O tu pe?

"One Man Operation"

Aku pun tak tau betul ke tak..hehe.Tapi orang panggil bas tabung.Dengan wujudnye tabung,driver bas leh wat 2 keje sekaligus.Tapi yang kesiannye konduktor bas punya jawatan di lupuskan.

Masa aku form 2,S&S dah tukar bas dorang kepada O.M.O.Malangnye aku sangat "noob" time tu,so aku tak tahu menahu le pertukaran ni.
Suatu hari tu,aku pergi jalan Kluang.Dah puas berjalan seharian(padahal duk dlm CC je),aku pun decide la nak balik.

Well, time tu budak sekolah lagi,so ape la sangat nak di expect kan dalam wallet dorang kan?kan?

Same la ngan aku,aku standby RM3.70 tuk tambang balik.Kalau short ni mmg aku tak balik umah la jawabnye.

Dari jauh aku boleh nampak bas kuning parking kat stesen bas kluang.Driver bas takde,maybe dia kuar kejap pergi kaunter.

So aku naiklah bas tu,dan aku nampak la tabung empat segi.Dengan coolnya otak aku berfikir "Owh,ni la bas tabung tu....so kena masukkan duit dalam ni la agaknye"

Jadi aku letak la RM2.70 dalam tabung tu.

Tapi..~ Apsal takde pape yang berlaku.

Aku ternampak la tombol kecik seakan2 tempat tarik di tepi tabung tu.Sekali lagi dengan coolnye otak aku berfikir "Agaknye kena tarik ni baru kuar tiket"

Ye..adik2.Tak perlu tanya lagi korang mesti dah tau ape yg berlaku.Duit yang sepatutnye visible kat dalam tabung tu jatuh terus ke bawah.Tapi still takde ape2 yg berlaku.

"Takpela kang driver masuk,keluar la tiket tu"kata aku dengan tenang dan terus duduk kat seat depan.Confident!!

Orang2 yg duduk kat dalam semua pandang aku dengan pelik,lantak lah~


---------------------------------


Tak lama kemudian,orang dah makin ramai.Driver bas pun masuk.Enjin dihidupkan.Dan orang ramai semua bangun beratur.Masukkan duit ke dalam tabung.

Dapat tiket.Duduk.o_0"

O....key. aku dah rasa tak best dah ni...~ apsal method aku tak sama dengan dorang?

Tiba-tiba,kakak di belakang aku tegur.
"Adik..pergi la cakap ngan driver bas tu.Adik dah masukkan duit,belum amik tiket lagi."

So dengan muka tak bersalah aku cakap ngan driver tu.Kata dia,tak nampak bile aku masukkan duit.Aku cakap "tadi",tapi dia taknak percaya.Sudah~..aku dah malu gile ni~ huhuhu

Datang pulak bos besar nak cek tiket.Terus driver ni kasik tau bos dia.Bos dia cakap:

"Ini benda mana boleh main2 punya.Tu tabung serupa buaya punya,ko kasik masuk apa pun dia telan.Bukan kami taknak percaya,tapi kalau short macam mana?Kesian la dengan pakcik ni(driver).Dia pun ada anak bini mo kasik makan jugak"

"Macam ni la,you kasik bayar la tiket lagi satu kali"

Dengan malu yang tak tercover,aku pun duduk dan cek wallet aku.Dari jauh kedengaran suara brother2 ngn akak2 menjerit."Dia dah bayarlah..kiterang nampak tadi!!". Terima kasih kerana back up saya..T_T sob

Dan wallet aku...cuma ada RM1 je.Mati la~~~

Tiba-tiba sorang pakcik datang menghulurkan RM2 kepada aku.Katanya guna tuk bayar tiket.Walaupun aku segan nak terima(mane leh tolak lagi..dah mmg xde option lain dah ni),aku amik duit tu dan bayar tiket.

Sepanjang perjalanan aku jadi batu.Gila malu,rasa macam nak sembunyi dalam enjin bas~

Lepas tu aku tobat taknak bawak duit cukup2 makan.Kalau nak balik je aku sediakan RM5(same je..cukup2 makan gak tu).

Dan yang paling penting,bertanya kalau tak tahu.Kadang2 otak kau yang cool tu takleh pakai jugak.

Sekian...huhu

-------------------

P/S:bulan 5 aku ke Kuala Terengganu.Amik gambar orang kawin.1st job ni...cuak seyh~hehe

~AKU PELANGI~




Monday, April 11, 2011

Berubatlah dengan "Masa",jika diizinkan Tuhan,akan sembuh.

None of it was ever worth the risk,
coz..
You are the only exception.

Aku sebenarnya nak terminate Celcom Broadband,tapi last2 aku end up dengan buat akaun baru. -_-"
Betul la kata orang,kalau benci macam mana pun dengan sesuatu tu,selagi ianya menjadi keperluan kita,takde pilihan lain selain menggunakannya.Melainkan kita jumpa pilihan yang lebih baik.*tunggu aku Unifi!!*~

Tapi dalam kes aku,dah takde pilihan dah ni. T_T

Tengah sedap2 men starcraft kat rumah,tiba2 datang sms berkuasa veto mengarahkan aku pergi ke kedai Cik Madi sekarang jugak.Elok la tu,lagi pun aku dah kalah teruk kena tibai ngan Protoz ni.

Bunyi macam serius,walaupun aku tak tau siapa yang sms ni,aku pergi je la,confirm budak2 ni punya..o_0"

Sampai sana dorang tengah meeting "Perkasa".Aku dengan tak tau ape cerita,malah maksud Perkasa tu sendiri aku tak tau ape benda.So aku datang duduk dengan muka blur.

Dan dengan hensemnya aku dapat jawatan Exco Kesenian dan Kebudayaan....o_0"

Ape salah aku weh~?? sob sob

"Apekah yang sedang berlaku ni?~~"
*Tanya aku dalam diri sambil mengulang perkataan "ni" 5 kali sbg efek echo*

So..~

Aku rasa macam dah nampak sikit2 bayangan cerita yang bakal berlaku kat aku 2011 ni.

Ape2 saja,yang penting cuba,tak try lagi mana nak tau hasilnya kan?
Aku amik ni sebagai peluang,walaupun dah memang nak nangis dah ni...T_T


------------------------------


Selepas tu sorang member aku minta aku lepak sat,katanya ada perkara yang nak di cakapkan.

Rupanya dia ada masalah,jiwa kusut,kacau.

Jadi aku lepak dengan dia sampai la ke pukul 2 pagi.Gerai Cik Madi pun dah tutup,tinggal aku,dia dan 2 ekor anak kucing sebagai pemerhati bebas.

Aku pernah cakap dulu dalam post aku yang lepas.Tak sangka this time something like that happened kepada orang lain.Kawan aku pulak tu.

Dia cuba tahan nangis tapi last2 keluar jugak walaupun dia try cover sket2.

Alhamdulilah la,walaupun aku tak dapat tolong banyak,setidak2 nya dia nampak apa yang perlu buat.

Sebenarnya aku nak kasik advice saja,so aku try control sebaik mungkin percakapan aku supaya next step apa saja yang dia buat bukan lah berlandaskan apa yang aku cakap tapi dari gerak hati dia sendiri.

Tapi aku tengok dia dah betul2 down,lost gile...Dan cerita dia pulak sama dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup aku sebelum ni.

So aku berikan dia sedikit hint tuk apa yang dia perlu buat.Sebab aku nampak dalam masalah dia ni masih ada peluang untuk bahgia.
Aku taknak dia jadi macam aku.Terus hidup dengan bayang2 yang lepas .Dengan hati yang takkan pernah sembuh.

Sekarang baru aku nampak,ini la aku masa suatu ketika dulu,seakan2 cermin.

Untuk pertama kali dalam hidup,aku dapat lihat diri aku sendiri pada suatu ketika dulu.Bertapa teruk,sakit dan terseksa.

Cuma bezanya,aku memilih untuk teruskan hidup dengan spend time bersama kawan2,senyum dan simpan air mata sebaik mungkin.

Agak lama jugak kami berdrama,adalah dekat 10 episod,last2 dia cool down.

Untuk jadikan ending malam ni lebih baik,supaya dia dapat tidur lena nanti,aku tanya dia satu soalan.

"so malam ni,kau nak tutup buku atau biar buka?"

Kalau dia tutup,that's it,selepas malam ni tak perlu lagi fikir tentang masalah ni,ianya dah selesai.Meaning dia dah terima kenyataan dan decided untuk teruskan hidup with it.Macam aku.

But,kalau dia pilih buka,dia akan go on with the problem,solve it,perlahan2,lupakan semua perkara negatif yang ada dalam kepala,try to adapt with the problem and change it into solution.sebab dia tau kalau dia dapat solve benda ni.Dia akan dapat kebahagiaan yang dia inginkan.
Aku beritahu dia buka buku tak semestinya kau cari pasal tuk terus hidup dengan masalah tu.

Cuma kau akan ada pilihan kalau kau nak padamkan ape yang tertulis dalam previous page or nak biar je terbuka macam tu tanpa disentuh.

Setidak2 nya dia tak give up,coz dalam masa dia buat pilihan nanti,dia akan nampak jalan untuk pergi ke next page.

So jawapan dia:

"Kalau aku tutup,next time aku bukak buku baru jugak.Aku nak biar bukak dulu,lebih baik cuba dari give up"

Sekurang2 nya dia senyum skit lepas cakap cam tu.

Bagus la,setidak2nya dia tak pilih jalan yang aku amik sekarang ni.

--------------------------

Dalam keadaan malam yang sangat sejuk,sambil naik motor Yamaha100sport kesayangan keluarga,dalam hati aku ada perasaan lega.

Perasaan relief yang memang tak dapat dibayangkan.

Agaknya tu la yang kita rasa bila kita tolong orang untuk dapatkan kebahagiaan dengan ikhlas.

Dia beritahu aku,dia selalu tolong orang,bahagiakan orang lain.Tapi dari kecil takde siapa yang tolong dia.Dia selalu ketawa,jadi orang yang happy go lucky,sempoi...tapi macam biasa takde orang yg nak bahagiakan dia.

Bukan dia nak merungut,bukan dia tak ikhlas dengan apa yang dia buat sebelum ni.Cuma sebagai manusia sedikit terdetik dalam hati dia tentang ni.

Dia masih tak sesuai tuk cakap ayat2 macam tu,"menolong tapi tidak di tolong."

Sebab aku rasa tuhan dengar doa dia.Lalu Dia makbulkan nya.Mungkin sampai sekarang dia rasa takde sape tolong dia.Tapi secara tak lansungnya Tuhan dah tolong dia malam ni. ^_^

Ayat tu cuma aku saja yang sesuai tuk cakap.Sebab aku pilih tuk hidup macam ni.Dan aku senang dengannya.

Secara jujur dia betul2 seorang yang bertuah.Dem you lucky person~ =p ..hehehe

Good luck,aku doakan semoga segala masalah dalam hidup dia akan di selesaikan oleh Tuhan.Semoga dia memperolehi kebahagaian yang di inginkan.

Amin~~

*tak dapat tido lagi ni,so layan sat lagu Girls on TV dari LFO(ni lagu zaman2 sekolah dulu,still senang hati layan ni)*

p/s:oh lupa plak,sekarang ni kat bandar tenggara musim bunga sakura.Pokok2 dah start berbunga dan kelopak bunga dah start menghiasi tepi2 jalan di BT.Aku paling suka musim ni,sejak dari kecik lagi..syukur aku di besarkan kat sini.

Sunday, January 9, 2011

Saya tak kenal awak,tapi awak kenal saya...boleh pengsan macam ni~

Dulu aku praktikal di PTPM,Pineng.
Salah satu project yang aku join ialah CEETRE.
Kami pergi ke beberapa buah sekolah berdekatan dan shoting video tentang pembelajaran subjek CEETRE di sekolah.
Projek ni berlangsung selama beberapa minggu,tapi bukan setiap hari kami pergi.

Dalam banyak-bnyak krew yang ada,aku adalah yang paling muda.
So budak-budak akan panggil aku abang dan yang lain pakcik.

Memang pening nak layan karenah budak2 sekolah rendah ni.
Terutama bila ko handle kamera ade je yang nak datang posing "peace" instead of berlakon.
(-_-")

Semasa kami rehat,budak2 duk kerumun meja editor.
Kebetulan ade 3 monitor dan 1 mixer kat atas tu.

So dorang tanye sesama sendiri:

"Tu ape tu..tuk wat ape?"
(sambil menunjuk kan ke arah monitor)

Dari jauh aku tengok kan je budak2 tu.
Asalkan dorang tak sentuh barang2 tu sudah.

Tiba-tiba datang seorang budak lelaki,gaya agak smart,ala-ala poyo sket.
Dalam hati aku rasa dia ni mesti 'market tinggi' dalam kelas ni.huhu

"Yang ni TV tuk kamera..yang tu TV1,yang tu TV2,yang sana tu TV3.."

"..ooooo"

budak2 lain sume angguk support.
Duh boleh plak macam tu..o_0.

Bagus la...bulat2 ko kena tipu dengan budak laki tu.Yang dia ni pun agak2 ar nak tunjuk power.
Padahal sama2 sengal.haha

Ala budak2..biasa la..terhibur gak aku time tengah berpeluh kerja ni.

------------------------

Aku semayang jumaat kat masjid USM,tumpang moto Pak Razak dr opis.Lepas semayang Pak Razak ngn Pak Leh akan bawak aku makan tengah hari di Desasiswa Bakti.Lagipun rumah aku memang kat situ,sebelum ni Desasiwa Gemilang tapi jauh sangat so aku tukar.

Tengah2 sedap melantak,tiba2 lalu seorang makcik dan anaknya berpakaian sekolah.
Dia pandang aku dan senyum.
Sambil menarik tangan mak dia,terus tunjuk kat aku dan cakap:

"Mak..tu la abang yang datang kat sekolah buat filem.."

Pergh..buat filem tu,dah macam pengarah dah aku...haha

Tiba-tiba rasa bangga sikit..huhu
Walaupun pengalaman aku kat Pineng berakhir dengan sedikit muram,tapi bila aku ingat2 balik perkara macam ni,aku rasa senang dan happy.

Aku datang sana pun bukanlah nak enjoy kan?
So perkara2 yang tak manis tu,aku simpan je la dalam kocek,sebab masa depan aku ada banyak lagi benda yang perlu di risaukan.

Adios~ =)

Friday, December 10, 2010

Bila awak tahu siapa saya sebenar,awak akan pengsan.

Aku lepak di Serdang,rumah Tun untuk ke temuduga kerja di Kuchai.

Disebabkan Tun kerja,aku lepak sesorang kat rumah.Bosan layan Dota aku terus ke CC berdekatan Jas Kafe.

Disebabkan cuaca sangat indah,so aku just keluar dengan shortpant futsall,long sleave T-shirt dan Benie yg aku beli di Pineng dulu.Sambil mengepit suratkhabar Metro yang di beli pukul 3 petang.(bese org beli pagi2 buta da~) dan *ehem* selipar jepun pinjam dari umah Tun..(-_-")

CC penuh dan ade 1 je kosong bersebelahan awek bertudung.Ketika aku duduk dia pandang aku dan aku cuma senyum je.

Aku bukak FB dan baca komen mengarut member2 aku,so aku tak tahan nak ketawa.Tapi sebab ramai orang so aku just ketawa slow2 je sambil cover mulut.

Suddenly aku ter"bersin".

Aku jawab "Alhamdullilah".

Secara spontan awek tu pandang aku dengan muka pelik.Dia cakap "Eh..?"

Aku pun pandang balik dengan muka yang pelik.Seolah-olah ade dialog kuar kat kepale aku and shout "Eh..? 0_0"

Ade la 2-3 kali gak dia paling kat aku dengan muka konfius.Pastu dia sedar aku perasan,terus buat2 busy taip something sambil turunkan kepala dekat keyboard(elok ar..makan je huruf2 yg ade kat situ..hehe saya gurau je awak)

---------------------------

Aku rasa awek tu expect aku budak UPM yang non-muslim..haha

Pape je la..kang aku baca Al-Fatihah depan dia,pengsan plak dia..huhu

Hari Isnin ade lagi interview tuk Video Editor.Tak sabar rasanye nak pergi..huhu

(sejak bila aku dah tak nervous interview ni 0_0")

Wednesday, December 1, 2010

The Undying Flower

Mikuni Shimokawa

Inside my heart a small flower is blooming
The unwithering flower you gave to me
I was able to believe strongly enough in myself
So I’m not afraid anymore

I was happy meeting you
And proud of our holding hands
Even though we look up to different skies now
See? I can walk on my own now

I laugh more during sad times
To hide the pain I feel inside
But you hugged me gently without saying a thing
I felt as if it were like opening a door frozen in ice

I was happy meeting you
Even though I could only share my lonliness
Even though we’re separated now
I still feel that we’re somehow connected under this sky

I didn’t say thank you
I couldn’t even promise
However like on that day if the wind blows
Then I know we will surely meet again

-------------

Suka aku dengar lagu ni masa di Universiti.

Time tu memang tengah gile "Full Metal Panic".Setiap pagi rasa macam indah je lepas dengar lagu ni.

Kebetulan ada lagu ni dalam playlist aku hari ni.Setelah bertahun tak dengar,tiba2 aku tergerak tuk cari lirik dia balik.

Agaknya apa perasaanye kalau kita pernah hadir dalam hidup orang lain sebagai penyeri dan peneman ketika dia susah dan sendirian,menyapa dia dengan senyuman ketika orang lain melihat dia dengan sebelah mata,menjadi pendengar yang setia ketika tiada orang lain yang sudi.

Sampai la saat dia mampu untuk bergerak sendiri,terbang jauh.

Sekarang dia bahagia dengan hidup baru.

Sebagai insan yang pernah wujud dalam hidup dia,pasti anda tumpang gembira.Itu sudah cukup memadai.


----------------------


Tapi dlm kes aku lain plak..LOL

Dia salah anggap yg aku sedih kerana dia pergi jauh, dan jadi sepi kerana dia.

Dia juga anggap aku blame everything dekat dia sebab biarkan aku mcm ni.

So,maybe dia annoyed dan akhirnya mengeluarkan ayat-ayat sinis kepada aku balik.Seolah-olah mengatakan "Padan muka" or "Menyesal pun tak guna"

Disebabkan aku blur dengan keadaan dan tak tau reason kenapa dia jadi macam tu.Aku rasa mungkin ayat2 seni aku terkias dekat dia.Sebenarnya salah satu reason aku nak single ialah,supaya aku boleh berkarya secara bebas.Dan kebanyakan pemikiran dalam karya aku berkisar tentang hati dan perasaan.Hubungan dan hidup manusia.

Kalau ada pemikiran aku menguris hati dia, aku betul2 minta maap.Seriusly aku tak berniat langsung.(well although ade 2-3 ayat aku balas balik,abis tiba2 kena attack terpaksa la defend skit >_<..huhu)

Lagipun aku ingat kata2 sorang kawan aku."Kawan sampai mati"

Yeah,aku pegang kata2 tu.Setiap orang yang aku pernah jumpa,aku akan kawan sampai mati.Mungkin ada cerita pernah berlaku antara kami yang belum habis sebelum ni.Yang lepas adalah lepas,dan aku sudah cukup matang untuk menerima hakikat ni sekarang.

Sebab mereka yang mengajar aku tuk menerima hakikat ni,so sepatutnya sekarang mereka boleh terima hakikat tu sendiri.

so aku decided tuk tak nak fikir banyak tentang tu.

Lagipun tengok dia bahagia dah buat aku senang.Dan sekarang aku ada banyak benda penting yang perlu tuk di take care of dan ianya berkaitan dengan hidup dan mati aku.Terutama yang berkaitan untuk diri aku so aku boleh take care orang yang bakal aku sayang nanti.