Wednesday, October 13, 2021

Bila orang baik nak jadi jahat.

Kadang-kadang aku berharap sangat orang yang baik akan kekal baik.

Aku tak nampak faedahnya bila mereka nak berubah jadi 'nakal',acah-acah 'bad ass',semata-mata nak di 'acknowledge' oleh masyarakat,atau nak dapat tempat dalam sesuatu organisasi atau kumpulan.

Masalah yang timbul apabila benda 'jahat' yang mereka tak biasa buat,melibatkan orang2 lain disekeliling,sekaligus memberi impak negatif pada kehidupan orang lain.

Disebabkan profile mereka sebagai orang yang 'baik', masyarakat akan tutup mata dan mengambil sikap "takpela,semua orang buat silap".

Mereka yang terkesan pula akan kehilangan banyak benda,masa,harta,maruah,masyarakat etc.
Ada yang susah payah bertahun2 untuk bina hidup,end up musnah semuanya.

Kalau mangsa cuba 'justify' kan keadaan,minta keadilan, masyarakat tidak akan berpihak pada mereka.Mereka akan dianggap 'overreacting','inmature',penfitnah,'toxic' dan macam2 lagi kepada orang 'baik' ni.

Akhirnya masyarakat hidup bersama-sama orang 'baik' ni seolah-olah macam takde apa2 yang berlaku.Gelak ketawa,berjenaka,makan minum,bersosial.

Mangsa pulak akan diarah untuk berubah,tuk 'reflect' kesalahan diri,untuk 'adapt' dengan keadaan baru,dan 'move on'.

Bayangkan perasaan nya bila setiap hari kita kena mengadap muka,mendengar suara orang yang hancurkan hidup kita.Bayangkan bertapa tinggi kesabaran untuk terus professional dan tersenyum dengan masyarakat yg dulunya kita hormat dan sanjungi,sekarang menjadi musuh,memandang rendah dan tikam kita.

Orang biasa takkan mampu tanggung penghinaan macam ini,tekanan keatas mental yang sangat tinggi boleh menyebabkan seseorang bunuh diri.

Bagi yang mampu bertahan,selalunya akan membuat keputusan untuk berdiam.Mereka akan kurangkan interaksi dengan masyarakat kecuali benda2 yang perlu.Selebihnya mereka akan fokus kepada 'life' mereka di luar masyarakat,pada keluarga dan 'inner circle' sahaja.

Mereka berdiam bukan kerana mereka malu,atau mengaku salah.Tapi lebih kepada 'mercy' kepada si pelaku dan mereka yang menyokong.Kemarahan yang terlalu tinggi menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berdiam,bagi mengelakkan dari melakukan sesuatu diluar kawalan ke atas pelaku dan yang lain.

Kerana mereka berfikir,mereka boleh berubah,mereka boleh move on.Tapi si pelaku dan penyokongnya takkan berubah.Dan mereka akan berulang2 mendatangkan kemarahan pada mangsa.Oleh itu mangsa membuat keputusan tuk berdiam diri atau mudah kata membawa diri.

Boleh kata, 'its an act of mercy'.

Sejujurnya aku tak faham,jika diberi rezeki dari Allah dari segi kesenangan belajar,cepat buat kerja,laju selesaikan kerja yang diberi,personaliti dan pertuturan yang sopan,kenapa tak guna rezeki ni tuk masuk ke masyarakat?

Kenapa mesti nak jadi 'bad ass'?
Acah2 hisap rokok.
Acah2 pernah couple banyak.
Acah2 pernah pergi tempat maksiat.
Acah2 gaduh dan gangster.

Kalau betul sekalipun org bodoh je akan bercerita benda2 macam ni sbg 1st impression.

Matlamat tak menghalalkan cara.Rezeki dari cara mcm ni tak berkat.

Nanti duit tak cukup sana sini,rosak situ, accident sana,jodoh tak panjang,zuriat x dpt dan mcm2 lg yg aku dh pernah nampak depan mata aku sendiri.

Menzalimi,menghina orang yang pernah membantu kita pada aku adalah sikap yang paling jijik sekali.

Ketahuilah sesungguhnya Allah maha adil.
Bersabarlah pada mereka yang menjadi mangsa orang2 yang macam ni.Semoga Allah ganti ujian ni dengan rezeki yang baik di masa hadapan.

Amin.

________________

P/s: what if from the start all this kind/nice act was fake?...man...gile2 plot twist.