Monday, April 11, 2011

Berubatlah dengan "Masa",jika diizinkan Tuhan,akan sembuh.

None of it was ever worth the risk,
coz..
You are the only exception.

Aku sebenarnya nak terminate Celcom Broadband,tapi last2 aku end up dengan buat akaun baru. -_-"
Betul la kata orang,kalau benci macam mana pun dengan sesuatu tu,selagi ianya menjadi keperluan kita,takde pilihan lain selain menggunakannya.Melainkan kita jumpa pilihan yang lebih baik.*tunggu aku Unifi!!*~

Tapi dalam kes aku,dah takde pilihan dah ni. T_T

Tengah sedap2 men starcraft kat rumah,tiba2 datang sms berkuasa veto mengarahkan aku pergi ke kedai Cik Madi sekarang jugak.Elok la tu,lagi pun aku dah kalah teruk kena tibai ngan Protoz ni.

Bunyi macam serius,walaupun aku tak tau siapa yang sms ni,aku pergi je la,confirm budak2 ni punya..o_0"

Sampai sana dorang tengah meeting "Perkasa".Aku dengan tak tau ape cerita,malah maksud Perkasa tu sendiri aku tak tau ape benda.So aku datang duduk dengan muka blur.

Dan dengan hensemnya aku dapat jawatan Exco Kesenian dan Kebudayaan....o_0"

Ape salah aku weh~?? sob sob

"Apekah yang sedang berlaku ni?~~"
*Tanya aku dalam diri sambil mengulang perkataan "ni" 5 kali sbg efek echo*

So..~

Aku rasa macam dah nampak sikit2 bayangan cerita yang bakal berlaku kat aku 2011 ni.

Ape2 saja,yang penting cuba,tak try lagi mana nak tau hasilnya kan?
Aku amik ni sebagai peluang,walaupun dah memang nak nangis dah ni...T_T


------------------------------


Selepas tu sorang member aku minta aku lepak sat,katanya ada perkara yang nak di cakapkan.

Rupanya dia ada masalah,jiwa kusut,kacau.

Jadi aku lepak dengan dia sampai la ke pukul 2 pagi.Gerai Cik Madi pun dah tutup,tinggal aku,dia dan 2 ekor anak kucing sebagai pemerhati bebas.

Aku pernah cakap dulu dalam post aku yang lepas.Tak sangka this time something like that happened kepada orang lain.Kawan aku pulak tu.

Dia cuba tahan nangis tapi last2 keluar jugak walaupun dia try cover sket2.

Alhamdulilah la,walaupun aku tak dapat tolong banyak,setidak2 nya dia nampak apa yang perlu buat.

Sebenarnya aku nak kasik advice saja,so aku try control sebaik mungkin percakapan aku supaya next step apa saja yang dia buat bukan lah berlandaskan apa yang aku cakap tapi dari gerak hati dia sendiri.

Tapi aku tengok dia dah betul2 down,lost gile...Dan cerita dia pulak sama dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup aku sebelum ni.

So aku berikan dia sedikit hint tuk apa yang dia perlu buat.Sebab aku nampak dalam masalah dia ni masih ada peluang untuk bahgia.
Aku taknak dia jadi macam aku.Terus hidup dengan bayang2 yang lepas .Dengan hati yang takkan pernah sembuh.

Sekarang baru aku nampak,ini la aku masa suatu ketika dulu,seakan2 cermin.

Untuk pertama kali dalam hidup,aku dapat lihat diri aku sendiri pada suatu ketika dulu.Bertapa teruk,sakit dan terseksa.

Cuma bezanya,aku memilih untuk teruskan hidup dengan spend time bersama kawan2,senyum dan simpan air mata sebaik mungkin.

Agak lama jugak kami berdrama,adalah dekat 10 episod,last2 dia cool down.

Untuk jadikan ending malam ni lebih baik,supaya dia dapat tidur lena nanti,aku tanya dia satu soalan.

"so malam ni,kau nak tutup buku atau biar buka?"

Kalau dia tutup,that's it,selepas malam ni tak perlu lagi fikir tentang masalah ni,ianya dah selesai.Meaning dia dah terima kenyataan dan decided untuk teruskan hidup with it.Macam aku.

But,kalau dia pilih buka,dia akan go on with the problem,solve it,perlahan2,lupakan semua perkara negatif yang ada dalam kepala,try to adapt with the problem and change it into solution.sebab dia tau kalau dia dapat solve benda ni.Dia akan dapat kebahagiaan yang dia inginkan.
Aku beritahu dia buka buku tak semestinya kau cari pasal tuk terus hidup dengan masalah tu.

Cuma kau akan ada pilihan kalau kau nak padamkan ape yang tertulis dalam previous page or nak biar je terbuka macam tu tanpa disentuh.

Setidak2 nya dia tak give up,coz dalam masa dia buat pilihan nanti,dia akan nampak jalan untuk pergi ke next page.

So jawapan dia:

"Kalau aku tutup,next time aku bukak buku baru jugak.Aku nak biar bukak dulu,lebih baik cuba dari give up"

Sekurang2 nya dia senyum skit lepas cakap cam tu.

Bagus la,setidak2nya dia tak pilih jalan yang aku amik sekarang ni.

--------------------------

Dalam keadaan malam yang sangat sejuk,sambil naik motor Yamaha100sport kesayangan keluarga,dalam hati aku ada perasaan lega.

Perasaan relief yang memang tak dapat dibayangkan.

Agaknya tu la yang kita rasa bila kita tolong orang untuk dapatkan kebahagiaan dengan ikhlas.

Dia beritahu aku,dia selalu tolong orang,bahagiakan orang lain.Tapi dari kecil takde siapa yang tolong dia.Dia selalu ketawa,jadi orang yang happy go lucky,sempoi...tapi macam biasa takde orang yg nak bahagiakan dia.

Bukan dia nak merungut,bukan dia tak ikhlas dengan apa yang dia buat sebelum ni.Cuma sebagai manusia sedikit terdetik dalam hati dia tentang ni.

Dia masih tak sesuai tuk cakap ayat2 macam tu,"menolong tapi tidak di tolong."

Sebab aku rasa tuhan dengar doa dia.Lalu Dia makbulkan nya.Mungkin sampai sekarang dia rasa takde sape tolong dia.Tapi secara tak lansungnya Tuhan dah tolong dia malam ni. ^_^

Ayat tu cuma aku saja yang sesuai tuk cakap.Sebab aku pilih tuk hidup macam ni.Dan aku senang dengannya.

Secara jujur dia betul2 seorang yang bertuah.Dem you lucky person~ =p ..hehehe

Good luck,aku doakan semoga segala masalah dalam hidup dia akan di selesaikan oleh Tuhan.Semoga dia memperolehi kebahagaian yang di inginkan.

Amin~~

*tak dapat tido lagi ni,so layan sat lagu Girls on TV dari LFO(ni lagu zaman2 sekolah dulu,still senang hati layan ni)*

p/s:oh lupa plak,sekarang ni kat bandar tenggara musim bunga sakura.Pokok2 dah start berbunga dan kelopak bunga dah start menghiasi tepi2 jalan di BT.Aku paling suka musim ni,sejak dari kecik lagi..syukur aku di besarkan kat sini.

3 comments:

  1. is it true Unifi is much better than others?macam nak try je..tapi tak nak ah pasang phone rumah kat rumah..mak tak kasi..jenis bodben ade ke?uhuhu..

    panjang betul cerita ko kali ni..bab yg ko kena lantik jadi exco tu aku tak berapa paham..ko masuk persatuan ape je weh?

    semoga kawan ko tu ketemu jalan bahagia dia..dan semoga die dapat solve masalah yg dia hadapi time by time..hidup kalau takde masalah sungguh tak best..ehehe..

    BT tu katne weh?amik la gambar pokok sakura tu..nak tengok!!

    ReplyDelete
  2. aku suke thread ni,sgt thriller..pls la cite lg,i love it..quite nice..pls pls pls pls..im begging u fox !!haha

    i want more..we want more...moreeeeeeeee !!!

    ReplyDelete
  3. Sha:x berapa nk pasti sal unifi tu..tp more better dr yg len2..at least setakat ni la.PERKASA tu kelab pemuda kt kmpung aku.drng kumpul mmbr2 satu skolah dulu wat pertubuhan ni.

    BT tu Bandar Tenggara,kmpng aku kt Johor..hehe nk kena tunggu musim depan la bru ade gambar.

    Syei:kalo ko ade kat sini mmg aku lempang laju2..haha jimbit tul.

    ReplyDelete