Sunday, January 9, 2011

Saya tak kenal awak,tapi awak kenal saya...boleh pengsan macam ni~

Dulu aku praktikal di PTPM,Pineng.
Salah satu project yang aku join ialah CEETRE.
Kami pergi ke beberapa buah sekolah berdekatan dan shoting video tentang pembelajaran subjek CEETRE di sekolah.
Projek ni berlangsung selama beberapa minggu,tapi bukan setiap hari kami pergi.

Dalam banyak-bnyak krew yang ada,aku adalah yang paling muda.
So budak-budak akan panggil aku abang dan yang lain pakcik.

Memang pening nak layan karenah budak2 sekolah rendah ni.
Terutama bila ko handle kamera ade je yang nak datang posing "peace" instead of berlakon.
(-_-")

Semasa kami rehat,budak2 duk kerumun meja editor.
Kebetulan ade 3 monitor dan 1 mixer kat atas tu.

So dorang tanye sesama sendiri:

"Tu ape tu..tuk wat ape?"
(sambil menunjuk kan ke arah monitor)

Dari jauh aku tengok kan je budak2 tu.
Asalkan dorang tak sentuh barang2 tu sudah.

Tiba-tiba datang seorang budak lelaki,gaya agak smart,ala-ala poyo sket.
Dalam hati aku rasa dia ni mesti 'market tinggi' dalam kelas ni.huhu

"Yang ni TV tuk kamera..yang tu TV1,yang tu TV2,yang sana tu TV3.."

"..ooooo"

budak2 lain sume angguk support.
Duh boleh plak macam tu..o_0.

Bagus la...bulat2 ko kena tipu dengan budak laki tu.Yang dia ni pun agak2 ar nak tunjuk power.
Padahal sama2 sengal.haha

Ala budak2..biasa la..terhibur gak aku time tengah berpeluh kerja ni.

------------------------

Aku semayang jumaat kat masjid USM,tumpang moto Pak Razak dr opis.Lepas semayang Pak Razak ngn Pak Leh akan bawak aku makan tengah hari di Desasiswa Bakti.Lagipun rumah aku memang kat situ,sebelum ni Desasiwa Gemilang tapi jauh sangat so aku tukar.

Tengah2 sedap melantak,tiba2 lalu seorang makcik dan anaknya berpakaian sekolah.
Dia pandang aku dan senyum.
Sambil menarik tangan mak dia,terus tunjuk kat aku dan cakap:

"Mak..tu la abang yang datang kat sekolah buat filem.."

Pergh..buat filem tu,dah macam pengarah dah aku...haha

Tiba-tiba rasa bangga sikit..huhu
Walaupun pengalaman aku kat Pineng berakhir dengan sedikit muram,tapi bila aku ingat2 balik perkara macam ni,aku rasa senang dan happy.

Aku datang sana pun bukanlah nak enjoy kan?
So perkara2 yang tak manis tu,aku simpan je la dalam kocek,sebab masa depan aku ada banyak lagi benda yang perlu di risaukan.

Adios~ =)

Friday, December 10, 2010

Bila awak tahu siapa saya sebenar,awak akan pengsan.

Aku lepak di Serdang,rumah Tun untuk ke temuduga kerja di Kuchai.

Disebabkan Tun kerja,aku lepak sesorang kat rumah.Bosan layan Dota aku terus ke CC berdekatan Jas Kafe.

Disebabkan cuaca sangat indah,so aku just keluar dengan shortpant futsall,long sleave T-shirt dan Benie yg aku beli di Pineng dulu.Sambil mengepit suratkhabar Metro yang di beli pukul 3 petang.(bese org beli pagi2 buta da~) dan *ehem* selipar jepun pinjam dari umah Tun..(-_-")

CC penuh dan ade 1 je kosong bersebelahan awek bertudung.Ketika aku duduk dia pandang aku dan aku cuma senyum je.

Aku bukak FB dan baca komen mengarut member2 aku,so aku tak tahan nak ketawa.Tapi sebab ramai orang so aku just ketawa slow2 je sambil cover mulut.

Suddenly aku ter"bersin".

Aku jawab "Alhamdullilah".

Secara spontan awek tu pandang aku dengan muka pelik.Dia cakap "Eh..?"

Aku pun pandang balik dengan muka yang pelik.Seolah-olah ade dialog kuar kat kepale aku and shout "Eh..? 0_0"

Ade la 2-3 kali gak dia paling kat aku dengan muka konfius.Pastu dia sedar aku perasan,terus buat2 busy taip something sambil turunkan kepala dekat keyboard(elok ar..makan je huruf2 yg ade kat situ..hehe saya gurau je awak)

---------------------------

Aku rasa awek tu expect aku budak UPM yang non-muslim..haha

Pape je la..kang aku baca Al-Fatihah depan dia,pengsan plak dia..huhu

Hari Isnin ade lagi interview tuk Video Editor.Tak sabar rasanye nak pergi..huhu

(sejak bila aku dah tak nervous interview ni 0_0")

Wednesday, December 1, 2010

The Undying Flower

Mikuni Shimokawa

Inside my heart a small flower is blooming
The unwithering flower you gave to me
I was able to believe strongly enough in myself
So I’m not afraid anymore

I was happy meeting you
And proud of our holding hands
Even though we look up to different skies now
See? I can walk on my own now

I laugh more during sad times
To hide the pain I feel inside
But you hugged me gently without saying a thing
I felt as if it were like opening a door frozen in ice

I was happy meeting you
Even though I could only share my lonliness
Even though we’re separated now
I still feel that we’re somehow connected under this sky

I didn’t say thank you
I couldn’t even promise
However like on that day if the wind blows
Then I know we will surely meet again

-------------

Suka aku dengar lagu ni masa di Universiti.

Time tu memang tengah gile "Full Metal Panic".Setiap pagi rasa macam indah je lepas dengar lagu ni.

Kebetulan ada lagu ni dalam playlist aku hari ni.Setelah bertahun tak dengar,tiba2 aku tergerak tuk cari lirik dia balik.

Agaknya apa perasaanye kalau kita pernah hadir dalam hidup orang lain sebagai penyeri dan peneman ketika dia susah dan sendirian,menyapa dia dengan senyuman ketika orang lain melihat dia dengan sebelah mata,menjadi pendengar yang setia ketika tiada orang lain yang sudi.

Sampai la saat dia mampu untuk bergerak sendiri,terbang jauh.

Sekarang dia bahagia dengan hidup baru.

Sebagai insan yang pernah wujud dalam hidup dia,pasti anda tumpang gembira.Itu sudah cukup memadai.


----------------------


Tapi dlm kes aku lain plak..LOL

Dia salah anggap yg aku sedih kerana dia pergi jauh, dan jadi sepi kerana dia.

Dia juga anggap aku blame everything dekat dia sebab biarkan aku mcm ni.

So,maybe dia annoyed dan akhirnya mengeluarkan ayat-ayat sinis kepada aku balik.Seolah-olah mengatakan "Padan muka" or "Menyesal pun tak guna"

Disebabkan aku blur dengan keadaan dan tak tau reason kenapa dia jadi macam tu.Aku rasa mungkin ayat2 seni aku terkias dekat dia.Sebenarnya salah satu reason aku nak single ialah,supaya aku boleh berkarya secara bebas.Dan kebanyakan pemikiran dalam karya aku berkisar tentang hati dan perasaan.Hubungan dan hidup manusia.

Kalau ada pemikiran aku menguris hati dia, aku betul2 minta maap.Seriusly aku tak berniat langsung.(well although ade 2-3 ayat aku balas balik,abis tiba2 kena attack terpaksa la defend skit >_<..huhu)

Lagipun aku ingat kata2 sorang kawan aku."Kawan sampai mati"

Yeah,aku pegang kata2 tu.Setiap orang yang aku pernah jumpa,aku akan kawan sampai mati.Mungkin ada cerita pernah berlaku antara kami yang belum habis sebelum ni.Yang lepas adalah lepas,dan aku sudah cukup matang untuk menerima hakikat ni sekarang.

Sebab mereka yang mengajar aku tuk menerima hakikat ni,so sepatutnya sekarang mereka boleh terima hakikat tu sendiri.

so aku decided tuk tak nak fikir banyak tentang tu.

Lagipun tengok dia bahagia dah buat aku senang.Dan sekarang aku ada banyak benda penting yang perlu tuk di take care of dan ianya berkaitan dengan hidup dan mati aku.Terutama yang berkaitan untuk diri aku so aku boleh take care orang yang bakal aku sayang nanti.


Thursday, November 18, 2010

Periuk nasi kami saling bertukar. o_0

Jumaat lepas aku pergi interview di Prime Business.
Nana cadangkan aku untuk gantikan post sorang amoi yg nak berhenti kerja.
Lagipun kerja dia basic so aku boleh handle.

Nak dijadikan cerita,sepatutnya ada 2 orang yang akan diinterview.
Aku dan cousin zack,tapi dia x dapat datang.
Katanya kereta tak servis,so xleh jalan jauh.

Dengan borang yang penuh dengan ayat-ayat kelentong aku,berserta sijil-sijil yang berkaitan aku masuk office Jacklyn.

Interview dia senang sebab refer pada borang yg aku isi.
Borang tu tanya tentang eksiden yang pernah berlaku dlm life aku,dari kecik ke besar.
Nuar dulu cite masa dia masuk pengakap sampai wakil daerah.
Pastu dapat kerja situ..o_0"

Aku pun cerita la benda2 yg berkaitan hantu,rekacipta,pertandingan membaca sajak..eh..,kelas bahasa jepun dan pengalaman kerja aku di Pineng.

Sebenarnya dia nak tau ape value yang aku dpt dr cerita tu.So awal2 lagi aku dh pasang "Trap card" hehe

Tiba-tiba masuk seorang manager bernama Steven.
Dia baca resume aku dan start tanya soalan yang pelik2.

"You ada basic account?"
"Pernah kerja dalam bidang documentation and admin?"
"Later we will train you for 3 month.."
"Everyday you need to ulang alik dari office and other AIA"

Eh..aku tiba-tiba dah jadi blur.
Apsal bidang kerja yang dia kasik lain dari apa yang Nuar and Nana cite.
Lagipun lesen aku baru L ni...sudah..o_0"

Interview tamat dengan aku dalam keadaan blur dan ternganga.
Aku dah rasa ada yang tak kena.
Firasat aku betul bila nana tanya:
"Apa Steven buat kat sana..supposely Steven tak akan interview tuk job ni"

Then..?
Bermaksud dorang ingat aku interview tuk post yg diminta oleh cousin Zack.
*pengsan*

Anyway,drg akan tolong fix kan.

Selang beberapa hari,Nuar beritahu aku yang cousin Zack dah kerja and dapat position aku.
So kate dia tunggu je la kalau dia call.

Actually aku rasa macam tak dapat je job ni since aku tak qualify tuk dpt position tu.
Lagipun aku risau tak mampu nak buat kerja luar dari bidang aku.

----------------------

Seperti yang di jangka...
Sehari lepas Raya Haji,Jacklyn call aku.
Katanya aku masuk kerja 23 haribulan ni.

waaaaa..aaahhh.

Aku agak Nuar dan Nana dah gelak abis.

So aku decided tuk amik kerja ni.
Pe salahnya belajar benda baru.
Kalau ada masalah,aku akan cari jalan tuk fix kan.
Lagipun aku taknak miss peluang macam kat Pineng dulu.
Belajar dari kesilapan.

Yoshh..Selasa ni start kerja!!
Tak sabar nak training ni ...
hehe
----------------

Dah memang betul2 kejadian.
Orang masuk periuk nasi aku,
Pastu aku plak masuk dalam periuk nasi dia.
hahaha

Thursday, November 11, 2010

Semuanya kan kembali indah

Makan karipap RM15.ade la dalam 40 biji.
Aku dan Zack memang buat keje gile.haha

Sementara dapat panggilan kerja ni.
Aku banyak habiskan masa dengan member2 lama di kampung.
Lepak kedai Uncle Madi or Kak Ella.
Memancing udang galah,pergi kelong,karaoke dan jamming?..
Pergh xleh difikirkan,aku dpt peluang tuk jam..
Pastu kena main lead plak.

Nuar kasik aku borang kerja di Prime Business.
Jumaat ni interview terus.

Kali ni aku takkan sia-sia kan peluang yang ada.

Monday, October 18, 2010

Kalau tak suka,pulangkan~

"Kalau tak suka pulangkan"

Agaknya apa maksud dia dengan ayat ni?
Mungkin ada benda yang dia ingin aku pulangkan,tapi setakat ini takde satu pun yang aku tak suka.

Jelas sekali sepatutnya aku yang cakap macam tu.

Pulangkan benda yang dia tak suka tentang aku.
Pulangkan separuh hati aku yang dia ambil,yang dia biarkan selama ini tergantung.
Kalau tak suka kenapa masih simpan?
Mungkin dia anggap,bila masalah menimpa pada suatu hari nanti,dia boleh gunakan separuh hati ni sebagai "back up"

Sudah tentu boleh,memang itu pun sifat yang membezakan aku dengan lelaki yang lain.

Tapi tu dulu.
Sekarang mungkin tidak.

Jangan salahkan aku suatu hari nanti.
Sebab aku mula belajar untuk kesiankan diri sendiri.

Monday, September 20, 2010

Ada sebab Tuhan jadikan aku Sendiri buat masa ni..=)

Hadiah hari raya yang paling bernilai bagi aku adalah Konvokesyen pada tahun ni.

Sebaik melihat nama aku terpapar di database UMS,hanya ucapan syukur yang mampu aku ucap berulang kali.

Perkara yang mustahil, hanya Tuhan sahaja yang mampu lakukannya.

Ada hikmah aku datang ke KL reunion walaupun secara spontan, dan singgah di rumah nenek Fadzly di Seremban.

Mungkin sembahyang tarawih berjemaah di rumah Fadzly memberikan aku ruang untuk di terima doaku oleh Tuhan.

-------------------------

Aku sempat pergi reunion bekas pelajar SMAKJ,betul-betul aku rasa gembira dapat berjumpa dorang, even just untuk beberapa jam...banyak memori aku yang hilang, muncul satu persatu.

Kadang-kadang aku terfikir,aku dah lakukan terlalu banyak dosa pada Tuhan.Tapi DIA masih tunjukkan pada aku bahawa dalam hidup masih ada harapan untuk bahagia.

Aku yakin,suatu hari nanti aku boleh buat orang lain bahagia.Sebelum sampai ke saat itu,aku akan pastikan diri aku bersedia sebaik mungkin.

Semalam Tong telefon aku.Katanya ada vacancy di UTM since makcik dia bekerja di sana dan perlukan orang.Aku rasa terkejut tiba-tiba dia call aku dan beritahu tentang job ni.Coz kami sebenarnya tak rapat sangat masa di sekolah dan kali terakhir berjumpa adalah masa reunion baru2 ni.

Mungkin dah rezeki Tuhan nak tunjuk.Syukur.

------------------------------------------------------

Aku sempat beri ucapan hari raya dan hari jadi sekaligus kepada Fetryah.Sekurang-kurang nya aku nak dia faham yang kami masih berkawan.Lagipun bukan niat aku nak jauhkan diri dari dia.But aku perlu masa to be alone memandangkan masalah lain yang lagi besar which aku perlu setelkan dulu.Dan aku harap dia faham.

Just satu saje yg aku regret sebab tak sempat wish for Tinah.Since dia adalah kawan baik Fetryah dan aku tak dapat balas perasaan dia.Rasa bersalah pulak but semua orang pun akan experience perkara macam ni.Since ini adalah first time bagi dia mybe its hurt more.But its ok suatu hari nanti she will get use with this,since nanti akan sampai masa, turn dia pulak tuk reject orang lain.Percayalah..=)

Tentang Anip,aku serahkan pada dia untuk buat keputusan.Cuma aku betul-betul terhutang budi dengan dia..bukan sikit tapi banyak.
Dan aku tak tahu kalau aku sempat hidup untuk balas kesemuanya.

------------------------

Aku dah buat keputusan untuk pergi konvo sendiri.

Walaupun family aku nak pergi,ianya lebih baik sendiri.

Perlu jimat duit,penginapan penuh,kenderaan takde..of coz sebab beberapa minggu terakhir sebelum konvo,semua dah di book.

Tapi dorang tak faham,still cakap aku takde perasaan.Pergi melancong sendiri.

Aku tak dapat nak terangkan di sebabkan aku tak pandai bercakap,sejak dari kecil aku di latih menjadi seorang yang pendiam.

Biarlah kalau di labelkan sebagai tak mengenang budi or watsoever.Aku cuma mahu selesaikan konvokesyen ni sahaja.Satu-satu nya rantai yang aku betul2 ingin putuskan.Supaya aku boleh move on tuk teruskan hidup aku.

Dan ianya bukan semata2 tuk aku sendiri,untuk mereka jugak.

Tapi mereka tak nampak,dan aku tersepit diantara 2 keadaan.

----------------------------------------------------



--------------------

Selagi aku mampu berjalan selagi tu aku ingin lihat dunia,dengan mata aku sendiri dan belajar segalanya tentang kehidupan.

owh..mungkin itu hikmah di sebalik "Sendiri"