Monday, September 20, 2010

Ada sebab Tuhan jadikan aku Sendiri buat masa ni..=)

Hadiah hari raya yang paling bernilai bagi aku adalah Konvokesyen pada tahun ni.

Sebaik melihat nama aku terpapar di database UMS,hanya ucapan syukur yang mampu aku ucap berulang kali.

Perkara yang mustahil, hanya Tuhan sahaja yang mampu lakukannya.

Ada hikmah aku datang ke KL reunion walaupun secara spontan, dan singgah di rumah nenek Fadzly di Seremban.

Mungkin sembahyang tarawih berjemaah di rumah Fadzly memberikan aku ruang untuk di terima doaku oleh Tuhan.

-------------------------

Aku sempat pergi reunion bekas pelajar SMAKJ,betul-betul aku rasa gembira dapat berjumpa dorang, even just untuk beberapa jam...banyak memori aku yang hilang, muncul satu persatu.

Kadang-kadang aku terfikir,aku dah lakukan terlalu banyak dosa pada Tuhan.Tapi DIA masih tunjukkan pada aku bahawa dalam hidup masih ada harapan untuk bahagia.

Aku yakin,suatu hari nanti aku boleh buat orang lain bahagia.Sebelum sampai ke saat itu,aku akan pastikan diri aku bersedia sebaik mungkin.

Semalam Tong telefon aku.Katanya ada vacancy di UTM since makcik dia bekerja di sana dan perlukan orang.Aku rasa terkejut tiba-tiba dia call aku dan beritahu tentang job ni.Coz kami sebenarnya tak rapat sangat masa di sekolah dan kali terakhir berjumpa adalah masa reunion baru2 ni.

Mungkin dah rezeki Tuhan nak tunjuk.Syukur.

------------------------------------------------------

Aku sempat beri ucapan hari raya dan hari jadi sekaligus kepada Fetryah.Sekurang-kurang nya aku nak dia faham yang kami masih berkawan.Lagipun bukan niat aku nak jauhkan diri dari dia.But aku perlu masa to be alone memandangkan masalah lain yang lagi besar which aku perlu setelkan dulu.Dan aku harap dia faham.

Just satu saje yg aku regret sebab tak sempat wish for Tinah.Since dia adalah kawan baik Fetryah dan aku tak dapat balas perasaan dia.Rasa bersalah pulak but semua orang pun akan experience perkara macam ni.Since ini adalah first time bagi dia mybe its hurt more.But its ok suatu hari nanti she will get use with this,since nanti akan sampai masa, turn dia pulak tuk reject orang lain.Percayalah..=)

Tentang Anip,aku serahkan pada dia untuk buat keputusan.Cuma aku betul-betul terhutang budi dengan dia..bukan sikit tapi banyak.
Dan aku tak tahu kalau aku sempat hidup untuk balas kesemuanya.

------------------------

Aku dah buat keputusan untuk pergi konvo sendiri.

Walaupun family aku nak pergi,ianya lebih baik sendiri.

Perlu jimat duit,penginapan penuh,kenderaan takde..of coz sebab beberapa minggu terakhir sebelum konvo,semua dah di book.

Tapi dorang tak faham,still cakap aku takde perasaan.Pergi melancong sendiri.

Aku tak dapat nak terangkan di sebabkan aku tak pandai bercakap,sejak dari kecil aku di latih menjadi seorang yang pendiam.

Biarlah kalau di labelkan sebagai tak mengenang budi or watsoever.Aku cuma mahu selesaikan konvokesyen ni sahaja.Satu-satu nya rantai yang aku betul2 ingin putuskan.Supaya aku boleh move on tuk teruskan hidup aku.

Dan ianya bukan semata2 tuk aku sendiri,untuk mereka jugak.

Tapi mereka tak nampak,dan aku tersepit diantara 2 keadaan.

----------------------------------------------------



--------------------

Selagi aku mampu berjalan selagi tu aku ingin lihat dunia,dengan mata aku sendiri dan belajar segalanya tentang kehidupan.

owh..mungkin itu hikmah di sebalik "Sendiri"

Saturday, August 14, 2010

It's a man's job

Ada sedikit nasihat untuk anda,simple one..terutama kepada para lelaki di luar tu.

"It's a man's job to let her go when she in love with someone else."

Kalau di pusing 2-3 kali,anda akan nampak yang ayat di atas adalah sama maksud dengan.

"It's a man's job to give her Happiness"

As long as they find their own happiness, you don't have to be sad anymore.Jangan sedih-sedih lagi..ok?

^_^

Everyone has it in them.

One day i ask an old woman a question:

"Strange..They dont know anything about a person,yet they speak about loving them.
I dont get it."

"hmm?...i dont know what you are talking about..young man.
Well,there might be a time you just have to love someone because you feel so lonely otherwise."

"That's not true.!!!"
(err..thats true actually...o_0" )

"You are so immature...^_^"

(i guess i am..huuu T_T)

"Human are not that strong."

"I dont feel that way when im, looking at you...(~3~) "

"Well because i'm always looking for a great love ,you know.
You don't find love that easy.
If you wanna know what true love is like then you need to find it yourself."

"True love...everyone has it in them."


I guess,there still a lot of thing that i need to learn.Mada mada desuuu~ haha ^_^


Monday, August 9, 2010

I sighed once,you smile twice...for that it make me glow.





Bangun tidur je terus tak sabar nak on pc.Aku tak leh tahan nak dengar lagu Moumoon - Tengoku ni Ichiban tooi Basho.Malam semalam aku tak dapat tidur lena,rentak dan lyric lagu ni asyik bermain-main je kat kepala otak aku.

Aku terfikir a lots of idea tentang music video dan drama only by listening this song.Aku pernah terfikir,patut ke aku jadi director or bukak production house ..well mimpi je la..hehe

Dah seminggu aku tak on FB.Saja nak menenangkan minda,kang kalau bukak FB banyak pulak benda nak difikirkan.So maybe aku perlu rest a week untuk tenangkan fikiran.Lagipun hari-hari bukak kan boring.Kalau seminggu 2-3 kali on,at least tiap kali on ade la sumthing interesting yang boleh di tengok.

Sesuatu tu akan jadi interesting kalau di peram.Macam buah pelam,ikan jeruk,tempoyak.Aku dapat idea ni dari benda-benda tu haha.

Tadi on FB dan suddenly aku nampak news feed dari salah sorang friend list aku.Dia tulis "Glow in the dark".

Tiba-tiba aku teringat mainan yang budak-budak selalu beli masa kecil-kecil dulu.Kalau gelap je dia akan bercahaya.Tapi siang hari kena charge dulu.

Masa duduk asrama dulu,member aku ada beli skeleton figure yang boleh glow in the dark ni.so kalau malam-malam memang shok ar kacau budak-budak junior...hehe

----------------------------------------------------------------------------------------------

I was thinking,benda yang sangat menarik macam tu,which can glow in the dark,kalau tak di letakkan di bawah cahaya untuk certain time,mayb tak kan glow or kalau jadi pun maybe malap.

Aku rasa manusia macam tu jugak.Kita takkan bersinar kalau takde orang yang tolong kita.Secantik mana pun kehidupan seseorang itu, tanpa bantuan orang lain hidup mereka akan malap.Mereka tak mungkin dapat bersinar seperti mana sekarang.

Kalau pun mereka boleh bersinar lebih cantik dari orang lain, ianya takkan kekal lama, seandainya dia tak menghargai orang-orang yang membantunya.Bila mereka hilang,dia akan kehilangan sumber cahaya,dan lambat laun akan malap.

Kalau anda rasa diri anda tu malap,tak berseri..cubalah cari sumber-sumber cahaya yang ada disekeliling anda.Absorb dari mereka dan buatlah diri anda bersinar seperti orang lain.Ingat..carilah sumber yang ikhlas jangan salah absorb.hehe

Lagi satu..jangan terlebih absorb,nanti terlebih pulak cahayanya.Maybe akan buat orang lain silau and that will annoyed them.

"Cukuplah sekadar dapat menyenangkan orang yang memandang."

------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni aku nak try nego ngan Mr Yojimbo lagi.>_<"

P/s:
Guano anak kepada Ozu? biar betul.....!!! (0_0)"




Rm50 dan Mr.Yojimbo




Duit Rm50 aku jatuh ke dalam tempat yang tak sepatutnya...(-_-")

"Ceh..Rm50 je,dah jatuh nak buat macam mana.."

Biasanya aku akan cakap macam tu,"handphone aku tertinggal..takpe esok boleh cari balik kat tempat tu.."

"Confirm no. flight ni,tak yah la tanya counter lagi.."

Tapi hari ni aku nekad nak ambil duit tu,biar pun terpaksa berkorban,memang aku tak sanggup nak fikir..huhu (T_T).Lagipun duit tu boleh buat bayar internet untuk sebulan.

Aku selalu ambil mudah pasal hal-hal yang remeh.Kadang-kadang yang berat pun macam tu.

"ala baru 2 kali..."

"ala..3 hari lagi.."

"ala..kasik tau je ada masalah.."

dan..banyak lagi "ala" nye~ (~3~)v

well...itu sebenarnya gejala yang tidak sihat.Malah boleh berjangkit dan melarat kepada makhluk lain yang berdekatan terutamanya housemate.huhu

Mungkin faktor umur, or pengalaman membuatkan aku mula amik berat tentang perkara-perkara macam ni.*cough* (rasa macam muda lagi ni).

Actually,ia melibatkan antara perkara yang sepatutnya dibuat dan yang tidak sepatutnya buat.Kalau seseorang yang arif,mostly dia tahu untuk bezakan which part yang perlu di dahulukan and which part yang tak diperlukan.

In my case,aku failed almost everything.Maaa ii ka...haha

----------------------------------------------------------------------------------

Hari ni aku berjumpa Mr.Yojimbo.

He ask me.."Why do you need me?"

I answer"..to fight the stronger fiend.."

so dia mintak aku offer price aku..dia letak 250k first bid.

Aku nego la 14k.(well its a bid kan..so aku letak la lowest,kalau dia nak up lagi aku akan increase sikit2 sampai dia puashati)

then straight dia cakap:

"You desire a phoenix,yet you offer a chicken feed"

Bamm!!!..direct kena kat muka aku..hahaha >_<" p/s:aku memang fail bab2 offer mengoffer ni,so jangan la hantar aku jumpa client..unless you want that kontrak tu lebur~ Rabu ni dah start puasa.."Selamat berpuasa kepada yang beragama Islam"

currently listening to:

"Tengoku ni Ichiban Tooi Basho" - Moumoon

Sunday, July 25, 2010

Di sakiti mungkin juga kerana menyakiti

Dalam masa aku disakiti,tak sedar rupanya aku menyakiti orang lain.

Dalam masa perasaan aku tak di balas,aku sendiri tak membalas perasaan orang yang lain.

Dalam masa aku sedih kerana tindakan orang lain,aku tak sedar bahawa ada yang sedih kerana tindakan aku sendiri.

Disaat orang menyanjungi aku,di sudut lain mungkin ada yang membenci.

Mungkin aku dah jadi macam Mayama,menyukai seseorang yang bukan dicipta untuknya,sebaliknya melukakan hati orang yang menyukainya.

Betul kata orang,cinta tu selfish.Tak sangka aku jatuh dalam permainan ni.Malah tersungkur dengan keadaan yang memalukan.Sakit...menyedihkan..mungkin juga sedikit bahagia.

Suatu hari nanti,adakah aku akan membenci seseorang lagi seperti ini..?

Kesilapan aku membuatkan dia menjadi mangsa perasaan aku sendiri.

Sekarang perasaannya seperti ada tapi seakan-akan ia tidak pernah wujud.Walaupun aku berusaha untuk jadikan segala nya normal.Tapi mampukah aku berpura-pura gembira atau mampukah dia berpura-pura senyum.

Mungkin juga dia mampu,kerana dari awal lagi perasan itu tak pernah wujud...aahh betul juga kan..ahaha ^_^

Bagus la kalau macam tu...

--------------------------------------------------------

If my words are not enough
You may slice my chest open with a knife and hollow it out

The truth is, even I've noticed
Most of your indecision and excuses

Someday, will I hate someone the way I did again?
If I do, then you should hold me
Tighter and tighter, so I stick in your heart like a thorn
I should remain with you always, always

It's too late for me to say anything, but
It's probably okay for all your words to be lies

If all I do is repeat these kinds of situations,
Will my tears reach to the moon someday?

Will I be able to love someone the way I did again?
When I do, then time should
Surely, surely flow like a fragrant breeze
It should go on forever, always, always

Orang yang tidak bersyukur

Sebenarnya orang yang ditinggalkan tanpa ucapan "Selamat tinggal" adalah yang paling sedih diantara dua pihak.

"Let it go..tak perlu sebarkan atau beritahu kepada dunia.Apa sahaja yang anda rasa.."

Sesetengah orang merasakan ianya satu perkara yang menyebalkan jika kesedihan seseorang itu di ketengahkan.

How pathetic bila aku dapat tahu mereka pernah lakukan sedemikian sebelum ni.Hanya kerana mereka sudah bahagia sekarang,they end up hating their past by accusing on other people sadness.

Some might said,"We just want to give good advice to them base on our experiences."

But those word are more then advice for them,ianya seperti pisau yang mempunyai dua mata.Dua-dua belah pasti menyakitkan.

Mungkin juga mereka annoyed dengan situation mangsa.Why should bragging it out loud,benda dah jadi...better move on kan?

But aku rasa,manusia adalah makhluk yang dikurniakan hati dan perasaan.Mereka perlukan tempat mengadu.Kadang-kadang daripada simpan,lebih baik spit it out.

Macam orang yang loya tekak,muntah adalah lebih baik dari menahan.

Situation ni betul-betul berlaku di depan aku,walaupun its not directly on me.cuma aku tak nak satu hari nanti aku akan jadi seperti mereka yang lupa bahawasanya..ketika mereka bersedih dulu,ada orang yang sudi mendengar rintihan mereka.

Jadi apalah salahnya jika mereka sudi mendengar rintihan orang lain walaupun ianya tidak ada kaitan langsung dalam hidup mereka.

Ingatlah,anda pernah berada di tempat mereka,kerana itulah yang membuatkan anda berdiri di tempat anda sekarang.