Monday, October 19, 2020

Mesin suhu.(ver PKP)

Hari ni aku terasa nak makan di Andaman.
Angan2 nak masak steak semalam cuma tinggal mimpi bila pergi Aeon tapi malas nak beli,bila terbau area barang basah semacam.Mungkin sebab udang yang busuk.

Lepas cuci tandas dan kemas bilik,aku siap2 baju dobi dan set map ke Andaman.
Housemate aku tengah lepak ruang tamu layan berita.

Cuaca terik,panas hanat kate orang.Lepas zohor memang macam tu,kena pulak aku pakai lapis baju parka.Sebab tshirt dalam aku sedikit renyuk.Aku tak susun elok2 lepas amik dari dobi.

Selangor kena pkpb sekali lagi,jadi SOP diperketatkan.Sampai di kedai aku terus scan suhu.Nampak gadis yang jaga kedai tunggu kat meja depan.

Lepas ak scan dahi aku..

Tiba-tiba...

'Teeeeeeet..' 'teet' 'teet' 'teeeet'~

'Ahhh sudah..' 

Aku check sekali lagi.

'Teeeeeeet..' 'teet' 'teet' 'teeeet'~

Aku dah start mengelabah.Orang dah usha semacam.

Tiba-tiba..

'Haaa..abang ni pun kena.Macam aku tadi la..mesin ni rosak kot.'

'Bang cuba bukak mask,takut haba panas.Takpun buka cap tu,scan atas sikit.'

Selepas aku bagi orang lain scan,akhirnya result scan kembali kepada biasa.

Aku suspect cuaca terik tengahari buta menyebabkan suhu aku tiba-tiba naik 37.

Kata budak yang kena macam aku tadi..

"Abang ni tengok akak yang hot tu.Sebab tu suhu naik...aku pun tadi nampak akak hot tu la jadi camni."

Aku tengok awek tu buat bodoh je.Rasenye tokey kedai yang duduk semeja dgn dia tu bapak awek tu.Badi je pakcik tu pandang budak tu.haha

Sampai amik lauk budak tu duk ulang2 benda sama.

Haha aduhhh...xpela,hari ni kita makan bawal masak merah.

No comments:

Post a Comment