Thursday, November 18, 2010

Periuk nasi kami saling bertukar. o_0

Jumaat lepas aku pergi interview di Prime Business.
Nana cadangkan aku untuk gantikan post sorang amoi yg nak berhenti kerja.
Lagipun kerja dia basic so aku boleh handle.

Nak dijadikan cerita,sepatutnya ada 2 orang yang akan diinterview.
Aku dan cousin zack,tapi dia x dapat datang.
Katanya kereta tak servis,so xleh jalan jauh.

Dengan borang yang penuh dengan ayat-ayat kelentong aku,berserta sijil-sijil yang berkaitan aku masuk office Jacklyn.

Interview dia senang sebab refer pada borang yg aku isi.
Borang tu tanya tentang eksiden yang pernah berlaku dlm life aku,dari kecik ke besar.
Nuar dulu cite masa dia masuk pengakap sampai wakil daerah.
Pastu dapat kerja situ..o_0"

Aku pun cerita la benda2 yg berkaitan hantu,rekacipta,pertandingan membaca sajak..eh..,kelas bahasa jepun dan pengalaman kerja aku di Pineng.

Sebenarnya dia nak tau ape value yang aku dpt dr cerita tu.So awal2 lagi aku dh pasang "Trap card" hehe

Tiba-tiba masuk seorang manager bernama Steven.
Dia baca resume aku dan start tanya soalan yang pelik2.

"You ada basic account?"
"Pernah kerja dalam bidang documentation and admin?"
"Later we will train you for 3 month.."
"Everyday you need to ulang alik dari office and other AIA"

Eh..aku tiba-tiba dah jadi blur.
Apsal bidang kerja yang dia kasik lain dari apa yang Nuar and Nana cite.
Lagipun lesen aku baru L ni...sudah..o_0"

Interview tamat dengan aku dalam keadaan blur dan ternganga.
Aku dah rasa ada yang tak kena.
Firasat aku betul bila nana tanya:
"Apa Steven buat kat sana..supposely Steven tak akan interview tuk job ni"

Then..?
Bermaksud dorang ingat aku interview tuk post yg diminta oleh cousin Zack.
*pengsan*

Anyway,drg akan tolong fix kan.

Selang beberapa hari,Nuar beritahu aku yang cousin Zack dah kerja and dapat position aku.
So kate dia tunggu je la kalau dia call.

Actually aku rasa macam tak dapat je job ni since aku tak qualify tuk dpt position tu.
Lagipun aku risau tak mampu nak buat kerja luar dari bidang aku.

----------------------

Seperti yang di jangka...
Sehari lepas Raya Haji,Jacklyn call aku.
Katanya aku masuk kerja 23 haribulan ni.

waaaaa..aaahhh.

Aku agak Nuar dan Nana dah gelak abis.

So aku decided tuk amik kerja ni.
Pe salahnya belajar benda baru.
Kalau ada masalah,aku akan cari jalan tuk fix kan.
Lagipun aku taknak miss peluang macam kat Pineng dulu.
Belajar dari kesilapan.

Yoshh..Selasa ni start kerja!!
Tak sabar nak training ni ...
hehe
----------------

Dah memang betul2 kejadian.
Orang masuk periuk nasi aku,
Pastu aku plak masuk dalam periuk nasi dia.
hahaha

Thursday, November 11, 2010

Semuanya kan kembali indah

Makan karipap RM15.ade la dalam 40 biji.
Aku dan Zack memang buat keje gile.haha

Sementara dapat panggilan kerja ni.
Aku banyak habiskan masa dengan member2 lama di kampung.
Lepak kedai Uncle Madi or Kak Ella.
Memancing udang galah,pergi kelong,karaoke dan jamming?..
Pergh xleh difikirkan,aku dpt peluang tuk jam..
Pastu kena main lead plak.

Nuar kasik aku borang kerja di Prime Business.
Jumaat ni interview terus.

Kali ni aku takkan sia-sia kan peluang yang ada.

Monday, October 18, 2010

Kalau tak suka,pulangkan~

"Kalau tak suka pulangkan"

Agaknya apa maksud dia dengan ayat ni?
Mungkin ada benda yang dia ingin aku pulangkan,tapi setakat ini takde satu pun yang aku tak suka.

Jelas sekali sepatutnya aku yang cakap macam tu.

Pulangkan benda yang dia tak suka tentang aku.
Pulangkan separuh hati aku yang dia ambil,yang dia biarkan selama ini tergantung.
Kalau tak suka kenapa masih simpan?
Mungkin dia anggap,bila masalah menimpa pada suatu hari nanti,dia boleh gunakan separuh hati ni sebagai "back up"

Sudah tentu boleh,memang itu pun sifat yang membezakan aku dengan lelaki yang lain.

Tapi tu dulu.
Sekarang mungkin tidak.

Jangan salahkan aku suatu hari nanti.
Sebab aku mula belajar untuk kesiankan diri sendiri.

Monday, September 20, 2010

Ada sebab Tuhan jadikan aku Sendiri buat masa ni..=)

Hadiah hari raya yang paling bernilai bagi aku adalah Konvokesyen pada tahun ni.

Sebaik melihat nama aku terpapar di database UMS,hanya ucapan syukur yang mampu aku ucap berulang kali.

Perkara yang mustahil, hanya Tuhan sahaja yang mampu lakukannya.

Ada hikmah aku datang ke KL reunion walaupun secara spontan, dan singgah di rumah nenek Fadzly di Seremban.

Mungkin sembahyang tarawih berjemaah di rumah Fadzly memberikan aku ruang untuk di terima doaku oleh Tuhan.

-------------------------

Aku sempat pergi reunion bekas pelajar SMAKJ,betul-betul aku rasa gembira dapat berjumpa dorang, even just untuk beberapa jam...banyak memori aku yang hilang, muncul satu persatu.

Kadang-kadang aku terfikir,aku dah lakukan terlalu banyak dosa pada Tuhan.Tapi DIA masih tunjukkan pada aku bahawa dalam hidup masih ada harapan untuk bahagia.

Aku yakin,suatu hari nanti aku boleh buat orang lain bahagia.Sebelum sampai ke saat itu,aku akan pastikan diri aku bersedia sebaik mungkin.

Semalam Tong telefon aku.Katanya ada vacancy di UTM since makcik dia bekerja di sana dan perlukan orang.Aku rasa terkejut tiba-tiba dia call aku dan beritahu tentang job ni.Coz kami sebenarnya tak rapat sangat masa di sekolah dan kali terakhir berjumpa adalah masa reunion baru2 ni.

Mungkin dah rezeki Tuhan nak tunjuk.Syukur.

------------------------------------------------------

Aku sempat beri ucapan hari raya dan hari jadi sekaligus kepada Fetryah.Sekurang-kurang nya aku nak dia faham yang kami masih berkawan.Lagipun bukan niat aku nak jauhkan diri dari dia.But aku perlu masa to be alone memandangkan masalah lain yang lagi besar which aku perlu setelkan dulu.Dan aku harap dia faham.

Just satu saje yg aku regret sebab tak sempat wish for Tinah.Since dia adalah kawan baik Fetryah dan aku tak dapat balas perasaan dia.Rasa bersalah pulak but semua orang pun akan experience perkara macam ni.Since ini adalah first time bagi dia mybe its hurt more.But its ok suatu hari nanti she will get use with this,since nanti akan sampai masa, turn dia pulak tuk reject orang lain.Percayalah..=)

Tentang Anip,aku serahkan pada dia untuk buat keputusan.Cuma aku betul-betul terhutang budi dengan dia..bukan sikit tapi banyak.
Dan aku tak tahu kalau aku sempat hidup untuk balas kesemuanya.

------------------------

Aku dah buat keputusan untuk pergi konvo sendiri.

Walaupun family aku nak pergi,ianya lebih baik sendiri.

Perlu jimat duit,penginapan penuh,kenderaan takde..of coz sebab beberapa minggu terakhir sebelum konvo,semua dah di book.

Tapi dorang tak faham,still cakap aku takde perasaan.Pergi melancong sendiri.

Aku tak dapat nak terangkan di sebabkan aku tak pandai bercakap,sejak dari kecil aku di latih menjadi seorang yang pendiam.

Biarlah kalau di labelkan sebagai tak mengenang budi or watsoever.Aku cuma mahu selesaikan konvokesyen ni sahaja.Satu-satu nya rantai yang aku betul2 ingin putuskan.Supaya aku boleh move on tuk teruskan hidup aku.

Dan ianya bukan semata2 tuk aku sendiri,untuk mereka jugak.

Tapi mereka tak nampak,dan aku tersepit diantara 2 keadaan.

----------------------------------------------------



--------------------

Selagi aku mampu berjalan selagi tu aku ingin lihat dunia,dengan mata aku sendiri dan belajar segalanya tentang kehidupan.

owh..mungkin itu hikmah di sebalik "Sendiri"

Saturday, August 14, 2010

It's a man's job

Ada sedikit nasihat untuk anda,simple one..terutama kepada para lelaki di luar tu.

"It's a man's job to let her go when she in love with someone else."

Kalau di pusing 2-3 kali,anda akan nampak yang ayat di atas adalah sama maksud dengan.

"It's a man's job to give her Happiness"

As long as they find their own happiness, you don't have to be sad anymore.Jangan sedih-sedih lagi..ok?

^_^

Everyone has it in them.

One day i ask an old woman a question:

"Strange..They dont know anything about a person,yet they speak about loving them.
I dont get it."

"hmm?...i dont know what you are talking about..young man.
Well,there might be a time you just have to love someone because you feel so lonely otherwise."

"That's not true.!!!"
(err..thats true actually...o_0" )

"You are so immature...^_^"

(i guess i am..huuu T_T)

"Human are not that strong."

"I dont feel that way when im, looking at you...(~3~) "

"Well because i'm always looking for a great love ,you know.
You don't find love that easy.
If you wanna know what true love is like then you need to find it yourself."

"True love...everyone has it in them."


I guess,there still a lot of thing that i need to learn.Mada mada desuuu~ haha ^_^


Monday, August 9, 2010

I sighed once,you smile twice...for that it make me glow.





Bangun tidur je terus tak sabar nak on pc.Aku tak leh tahan nak dengar lagu Moumoon - Tengoku ni Ichiban tooi Basho.Malam semalam aku tak dapat tidur lena,rentak dan lyric lagu ni asyik bermain-main je kat kepala otak aku.

Aku terfikir a lots of idea tentang music video dan drama only by listening this song.Aku pernah terfikir,patut ke aku jadi director or bukak production house ..well mimpi je la..hehe

Dah seminggu aku tak on FB.Saja nak menenangkan minda,kang kalau bukak FB banyak pulak benda nak difikirkan.So maybe aku perlu rest a week untuk tenangkan fikiran.Lagipun hari-hari bukak kan boring.Kalau seminggu 2-3 kali on,at least tiap kali on ade la sumthing interesting yang boleh di tengok.

Sesuatu tu akan jadi interesting kalau di peram.Macam buah pelam,ikan jeruk,tempoyak.Aku dapat idea ni dari benda-benda tu haha.

Tadi on FB dan suddenly aku nampak news feed dari salah sorang friend list aku.Dia tulis "Glow in the dark".

Tiba-tiba aku teringat mainan yang budak-budak selalu beli masa kecil-kecil dulu.Kalau gelap je dia akan bercahaya.Tapi siang hari kena charge dulu.

Masa duduk asrama dulu,member aku ada beli skeleton figure yang boleh glow in the dark ni.so kalau malam-malam memang shok ar kacau budak-budak junior...hehe

----------------------------------------------------------------------------------------------

I was thinking,benda yang sangat menarik macam tu,which can glow in the dark,kalau tak di letakkan di bawah cahaya untuk certain time,mayb tak kan glow or kalau jadi pun maybe malap.

Aku rasa manusia macam tu jugak.Kita takkan bersinar kalau takde orang yang tolong kita.Secantik mana pun kehidupan seseorang itu, tanpa bantuan orang lain hidup mereka akan malap.Mereka tak mungkin dapat bersinar seperti mana sekarang.

Kalau pun mereka boleh bersinar lebih cantik dari orang lain, ianya takkan kekal lama, seandainya dia tak menghargai orang-orang yang membantunya.Bila mereka hilang,dia akan kehilangan sumber cahaya,dan lambat laun akan malap.

Kalau anda rasa diri anda tu malap,tak berseri..cubalah cari sumber-sumber cahaya yang ada disekeliling anda.Absorb dari mereka dan buatlah diri anda bersinar seperti orang lain.Ingat..carilah sumber yang ikhlas jangan salah absorb.hehe

Lagi satu..jangan terlebih absorb,nanti terlebih pulak cahayanya.Maybe akan buat orang lain silau and that will annoyed them.

"Cukuplah sekadar dapat menyenangkan orang yang memandang."

------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari ni aku nak try nego ngan Mr Yojimbo lagi.>_<"

P/s:
Guano anak kepada Ozu? biar betul.....!!! (0_0)"