Monday, October 18, 2010

Kalau tak suka,pulangkan~

"Kalau tak suka pulangkan"

Agaknya apa maksud dia dengan ayat ni?
Mungkin ada benda yang dia ingin aku pulangkan,tapi setakat ini takde satu pun yang aku tak suka.

Jelas sekali sepatutnya aku yang cakap macam tu.

Pulangkan benda yang dia tak suka tentang aku.
Pulangkan separuh hati aku yang dia ambil,yang dia biarkan selama ini tergantung.
Kalau tak suka kenapa masih simpan?
Mungkin dia anggap,bila masalah menimpa pada suatu hari nanti,dia boleh gunakan separuh hati ni sebagai "back up"

Sudah tentu boleh,memang itu pun sifat yang membezakan aku dengan lelaki yang lain.

Tapi tu dulu.
Sekarang mungkin tidak.

Jangan salahkan aku suatu hari nanti.
Sebab aku mula belajar untuk kesiankan diri sendiri.

2 comments: