Monday, September 20, 2010

Ada sebab Tuhan jadikan aku Sendiri buat masa ni..=)

Hadiah hari raya yang paling bernilai bagi aku adalah Konvokesyen pada tahun ni.

Sebaik melihat nama aku terpapar di database UMS,hanya ucapan syukur yang mampu aku ucap berulang kali.

Perkara yang mustahil, hanya Tuhan sahaja yang mampu lakukannya.

Ada hikmah aku datang ke KL reunion walaupun secara spontan, dan singgah di rumah nenek Fadzly di Seremban.

Mungkin sembahyang tarawih berjemaah di rumah Fadzly memberikan aku ruang untuk di terima doaku oleh Tuhan.

-------------------------

Aku sempat pergi reunion bekas pelajar SMAKJ,betul-betul aku rasa gembira dapat berjumpa dorang, even just untuk beberapa jam...banyak memori aku yang hilang, muncul satu persatu.

Kadang-kadang aku terfikir,aku dah lakukan terlalu banyak dosa pada Tuhan.Tapi DIA masih tunjukkan pada aku bahawa dalam hidup masih ada harapan untuk bahagia.

Aku yakin,suatu hari nanti aku boleh buat orang lain bahagia.Sebelum sampai ke saat itu,aku akan pastikan diri aku bersedia sebaik mungkin.

Semalam Tong telefon aku.Katanya ada vacancy di UTM since makcik dia bekerja di sana dan perlukan orang.Aku rasa terkejut tiba-tiba dia call aku dan beritahu tentang job ni.Coz kami sebenarnya tak rapat sangat masa di sekolah dan kali terakhir berjumpa adalah masa reunion baru2 ni.

Mungkin dah rezeki Tuhan nak tunjuk.Syukur.

------------------------------------------------------

Aku sempat beri ucapan hari raya dan hari jadi sekaligus kepada Fetryah.Sekurang-kurang nya aku nak dia faham yang kami masih berkawan.Lagipun bukan niat aku nak jauhkan diri dari dia.But aku perlu masa to be alone memandangkan masalah lain yang lagi besar which aku perlu setelkan dulu.Dan aku harap dia faham.

Just satu saje yg aku regret sebab tak sempat wish for Tinah.Since dia adalah kawan baik Fetryah dan aku tak dapat balas perasaan dia.Rasa bersalah pulak but semua orang pun akan experience perkara macam ni.Since ini adalah first time bagi dia mybe its hurt more.But its ok suatu hari nanti she will get use with this,since nanti akan sampai masa, turn dia pulak tuk reject orang lain.Percayalah..=)

Tentang Anip,aku serahkan pada dia untuk buat keputusan.Cuma aku betul-betul terhutang budi dengan dia..bukan sikit tapi banyak.
Dan aku tak tahu kalau aku sempat hidup untuk balas kesemuanya.

------------------------

Aku dah buat keputusan untuk pergi konvo sendiri.

Walaupun family aku nak pergi,ianya lebih baik sendiri.

Perlu jimat duit,penginapan penuh,kenderaan takde..of coz sebab beberapa minggu terakhir sebelum konvo,semua dah di book.

Tapi dorang tak faham,still cakap aku takde perasaan.Pergi melancong sendiri.

Aku tak dapat nak terangkan di sebabkan aku tak pandai bercakap,sejak dari kecil aku di latih menjadi seorang yang pendiam.

Biarlah kalau di labelkan sebagai tak mengenang budi or watsoever.Aku cuma mahu selesaikan konvokesyen ni sahaja.Satu-satu nya rantai yang aku betul2 ingin putuskan.Supaya aku boleh move on tuk teruskan hidup aku.

Dan ianya bukan semata2 tuk aku sendiri,untuk mereka jugak.

Tapi mereka tak nampak,dan aku tersepit diantara 2 keadaan.

----------------------------------------------------



--------------------

Selagi aku mampu berjalan selagi tu aku ingin lihat dunia,dengan mata aku sendiri dan belajar segalanya tentang kehidupan.

owh..mungkin itu hikmah di sebalik "Sendiri"

No comments:

Post a Comment