Sunday, October 25, 2020

Kantoi

3 tahun dia punya tipu..hari ni kantoi.
Dulu punya kes,tak sampai 3 hari menipu..kantoi.

Setiap kali kantoi,muka tarik habis.Macam puan puff dalam spongebob.

Yang kelakarnye,orang yang bagi kantoikan adalah orang yang sama.

Wallahualam.

Allah itu memang maha adil.

Subhanallah.

Kalau mcm ni pun tak insaf jugak.Tak tau la nak cakap ape.Tunggu kifarah je la.

Ehh takyah tunggu,memang dah jalan kifarahnye pun.

Aku tak amik port.Banyak lagi benda lain aku nak fikir.

Monday, October 19, 2020

Mesin suhu.(ver PKP)

Hari ni aku terasa nak makan di Andaman.
Angan2 nak masak steak semalam cuma tinggal mimpi bila pergi Aeon tapi malas nak beli,bila terbau area barang basah semacam.Mungkin sebab udang yang busuk.

Lepas cuci tandas dan kemas bilik,aku siap2 baju dobi dan set map ke Andaman.
Housemate aku tengah lepak ruang tamu layan berita.

Cuaca terik,panas hanat kate orang.Lepas zohor memang macam tu,kena pulak aku pakai lapis baju parka.Sebab tshirt dalam aku sedikit renyuk.Aku tak susun elok2 lepas amik dari dobi.

Selangor kena pkpb sekali lagi,jadi SOP diperketatkan.Sampai di kedai aku terus scan suhu.Nampak gadis yang jaga kedai tunggu kat meja depan.

Lepas ak scan dahi aku..

Tiba-tiba...

'Teeeeeeet..' 'teet' 'teet' 'teeeet'~

'Ahhh sudah..' 

Aku check sekali lagi.

'Teeeeeeet..' 'teet' 'teet' 'teeeet'~

Aku dah start mengelabah.Orang dah usha semacam.

Tiba-tiba..

'Haaa..abang ni pun kena.Macam aku tadi la..mesin ni rosak kot.'

'Bang cuba bukak mask,takut haba panas.Takpun buka cap tu,scan atas sikit.'

Selepas aku bagi orang lain scan,akhirnya result scan kembali kepada biasa.

Aku suspect cuaca terik tengahari buta menyebabkan suhu aku tiba-tiba naik 37.

Kata budak yang kena macam aku tadi..

"Abang ni tengok akak yang hot tu.Sebab tu suhu naik...aku pun tadi nampak akak hot tu la jadi camni."

Aku tengok awek tu buat bodoh je.Rasenye tokey kedai yang duduk semeja dgn dia tu bapak awek tu.Badi je pakcik tu pandang budak tu.haha

Sampai amik lauk budak tu duk ulang2 benda sama.

Haha aduhhh...xpela,hari ni kita makan bawal masak merah.

Berubah hati.

Balik awal..beli burger,pas isya tidur terus.

Kepala dah serabut.

Dalam hati dah ulang2 SPA.

Gara2 jawapan dari management opis aku yang buat endah tak endah,hati aku terusik nak register balik SPA.

Monday, June 1, 2020

Sambung

Sendi-sendi tulang rusuk dah mula rasa sakit dan sengal.Mungkin sebab aku dah tua.lol.Pagi ni aku pergi jumpa doktor,bengkak tekak,batuk,dan end up dapat appointment ke klinik kesihatan esok.

Katanye bengkak di jari aku kena xray.Just in case,takut ade retak atau patah.

Since hari ni aku MC,aku mintak kawan aku bawak ke Kampung Subang.Aku tiba-tiba terasa nak sarapan sana.

Aku ada love-hate relationship dengan tempat ni, considering apa yang berlaku beberapa tahun ni.

Tapi aku decide tuk fikir positif dan ingat benda2 baik yg aku dapat selama aku duduk sini dan simpan semua yang b***s***.Aku takkan buang,aku akan simpan elok2.Aku akan simpan sebagai peringatan pada diri aku 'jangan percaya dan simpati pada orang yang hidup senang.'

Aku sambung balik siri drama yang aku tinggalkan beberapa tahun dulu.Susprisingly aku menangis.Mungkin sebab ending season tu menyentuh emosi aku..or mungkin sebab aku gembira dapat sambung balik apa yang aku pernah enjoy dengan kawan2 aku pada ketika dulu.Tapi kali ni tengok sendiri.Oh well,aku tak berdendam dengan budak2 hingusan yang menyebabkan aku hilang semua ni.Sebab sebahagian dari mereka dah pun dapat balasan mereka sendiri dari Allah.

Dan secara kebetulan hari ni jugak aku dapat notis jawatan kosong dari tempat ayah aku kerja dulu.

Adakah semua ini petunjuk dan ujian Allah nak bagi aku?

Aku harap aku pilih jalan yang betul.

Wallahualam,biar masa yang tentukan.

Saturday, May 30, 2020

Sahabat

Bercakap tentang sahabat ni sangat subjektif.Aku adalah jenis orang yang sangat sangat sangat menghargai hubungan dengan orang apalagi sesama muslim.

Jarang aku 'complain' tentang orang melainkan dia sendiri melampaui batas.

Walaupun agamanya baik,peribadinya pada masyarakat elok,tapi jika dia bersama kita membuatkan kita menjauhi Allah,adalah lebih baik dijauhi kawan yang sedemikian.

Kita kena ingat,sesuatu yang baik pada orang lain tak semestinya baik pada kita.Begitu juga sebaliknya.

Memang kita akui,kita husnuzon dengan mereka.Dan sifat kita yang terlalu baik membuatkan kita berat hati nak menjauhi kawan-kawan yang macam ni.Tapi apalah gunanya kita menanggung beban,sakit hati,bersabar tapi masih dihina,kita berbuat baik tapi tetap difitnah,malah berdiam pun difitnah,hari2 senyum dan menegur tapi dibalas dengan diam malah memaling ke arah lain.Bila susah datang senyum dan berborak dengan kita.Bila senang ditinggal kita,malah dikutuk dibelakang.

Lagi sedih katanya tak suka sama kita,tapi masih lagi berada dekat dengan kita,guna duit kita,guna masa kita dan ambil kebaikan kita.Alasan sebab ada kepentingan sendiri.

Memang sedih tak terkira kalau difikirkan.Apa lagi masa kali pertama kita kenal,kita datang dengan senyuman.Kita yang berusaha nak bertegur.Kadang tu dipulau masyarakat,atas dasar kasihan kita bantu walaupun mereka ni 'stranger' pada awalnya.

Aku sentiasa husnuzon dengan sahabat aku.Tapi sebagai manusia,aku sendiri ada hak yang aku kena jaga.Hak keatas diri aku dan keluarga.

Jadi tak adil kalau aku kena korbankan hak aku dan keluarga aku sendiri untuk senangkan hak orang lain.Apalagi kalau hak tu diambil tanpa izin.

Hidup dalam depressi sehingga menggangu tanggungjawab ke atas kerja dan keluarga,malah terabai hubungan dengan Allah bukan lah benda remeh.

Mereka boleh tunding jari pada kita.Tapi kita dan Allah tahu hal sebenar.Malah Allah tahu apa ada dalam hati mereka.

Ini nasihat aku kepada sesiapa yang diluar sana yang menhadapi masalah tekanan disebabkan rakan-rakan yang mereka kenal.Berhentilah husnuzon pada mereka.Ada sebab Allah tunjukkan sifat sebenar mereka.Jauhilah mereka semana yang mampu.Memutuskan hubungan itu tidak baik,apalagi sesama islam.Tapi tak berbaloi jika kita jaga satu yang busuk sehingga putus beratus2 lagi hubungan yang baik.

Lagipun itu pilihan mereka.Jikalau mereka jujur dari awal,tidak akan berlaku perkara macam ni.

Sayangilah diri anda dan keluarga anda.
Jangan biarkan 'stranger' merosakkan kehidupan yang anda susah payah bina selama ini.

Aku nasihat sebab aku dah rasa semua ini
Aku hilang banyak benda,rugi banyak masa,gara-gara berhusnuzon pada orang yang salah.

Hidup aku mungkin dah tak dapat diselamatkan.Malah aku dah redha dan serahkan selebihnya pada Allah.Tapi hidup korang boleh lagi diselamatkan.

Aku doakan kehidupan korang dipermudahkan dunia akhirat.Dijauhi dari orang2 yang tidak jujur,kaki fitnah,penjual agama dan munafik.Amin.

Thursday, May 21, 2020

Tolong atas tolong.

Dulu aku pernah beri nasihat pada seseorang.Dalam nasihat tu aku cakap :

"Kita tak tahu bila kita akan susah,masa tu kita tak tahu dengan siapa yang kita akan minta tolong.Jadi,kita jangan lah sombong dengan siapa2 yang kita kenal dan jangan jadikan mereka musuh.Sebab bila kita susah nanti,kita akan malu nak mintak tolong dengan mereka,sedangkan kita dah tiada pilihan lain."

Dan seperti yang aku jangka,setiap kali aku nasihat.Pasti orang yang mendengar tu akan langgar.Dan aku kena tanggung masalah mereka.....pffft.

--------------------------------

Alkisah nak dikaitkan dengan perenggan di atas:

Ade seorang hamba Allah,datang pada aku dan menyampaikan hasrat dia untuk pinjam duit.Walaupun aku tak rapat dengan dia tapi aku terkejut dia datang kat aku sedangkan dia punya ramai kawan baik dan kabel besar seperti mana yang dia 'claim' dulu.Aku tertanya-tanya apa jadi dengan semua tu?

Walaubagaimanapun aku tolak tepi semua tu,sebab aku fikir,ni kes orang tengah susah.Jadi aku  pasang niat ikhlas nak membantu.

Katanye semua orang cakap aku banyak duit.Siapa semua orang tu?....zzzzz

Aku tanya berapa banyak dia nak pinjam.Katanya beribu-ribu ringgit.Hurmm..Aku bukan tak nak bagi pinjam,tapi ada beberapa faktor yang aku cuba pertimbangkan:

1)Nilai duit yang nak dipinjam tu banyak.

2)Aku punya sejarah bagi pinjam duit beribu-ribu pada orang dan seperti yang korang boleh teka,macam-macam benda jadi.Lambat bayar,nak bayar sikit-sikit,or ghaib terus.Selalu jumpa tapi feeling dia macam dia rasa dia dah tak wujud kat dalam otak kita.

3)Aku bukan datang dari keluarga berada,malah sederhana pun bukan.Gaji aku pun rendah kalau nak dikira dengan orang lain yang masuk lagi lambat dari aku.Jadi duit simpanan yang aku ada ni adalah duit yang aku simpan dari gaji aku sendiri.

Bukan sebab aku gaji tinggi atau dapat bonus.So aku rasa berat hati nak bagi,sedangkan orang yang meminjam aku rata2 gaji besar,keluarga mampu tanggung dan hulur duit pada dorang kalau jadi apa2.Compare dengan aku sesen pun aku tak mampu nak mintak ahli keluarga aku,malahan aku tanggung adik beradik aku.Malah adik aku yang dah kawin pun kadang2 aku tolong hulur duit sebab mereka duduk kampung kerja majlis,gaji pun cukup2 makan.

So nak keluar duit ni nak bagi orang agak keberatan sebenarnya pada aku.Dorang cakap aku banyak duit,ye tapi sebab aku simpan separuh dari gaji aku dan tahan diri dari merasa macam orang lain rasa.

4)Hamba Allah yang datang pinjam ni,aku kenal perangai dia.Aku dah lama berkawan dan macam-macam org aku kawan.Walaupun dia boleh tipu orang di sekeliling dia,tapi dia tak boleh tipu aku.Sifat talam dua muka dia menyebabkan aku berat hati nak pinjam.

5)Sebab yang di beri tak kukuh.Somehow aku rasa ada motif lain lagi yang dia tak cerita betul-betul dekat aku.Aku pantang orang tak jujur dengan aku,lagi2 bila aku tau benda tu menipu pastu still lagi effort tuk pusing ayat dekat kau.Memang dalam hati kau rasa macam nak maki je.

-----------------------------------

Jadi aku suruh dia cerita hal sebenar.

Akhirnya dia bukak cerita.Katanya dia ada kawan yang dalam masalah kewangan.Dia dah cuba mintak tolong dengan kawan-kawan yang lain,tapi masing-masing ada komitmen.Sebab ramai kawan-kawan2 dia ni dah berkeluarga.Yang single pulak jenis yang gaji cukup-cukup makan.

Aku pun tanya,kenapa dia yang pinjam duit kat aku.Kenapa tak suruh kawan dia sendiri datang mintak dekat aku.Btw kawan dia ni kenal aku.Kami rakan sekerja.

Kata hamba Allah ni,kawan dia malu.

Bila aku fikir-fikir balik,tak ada sebab dia nak malu untuk mintak tolong dengan aku,melainkan dia ada buat salah dengan aku (memang ada,tapi aku bersabar setiap tahun dan tutup mata je).

Lalu aku basuh hamba Allah ni.

"Kalau aku bagi pinjam duit ni,kau kena pastikan dia bayar tiap-tiap bulan macam yang dijanjikan."

Kata hamba Allah ni,dia cuma tolong cari orang tuk pinjam,selain nya kawan dia yang tanggung.Pendek kata dia taknak tanggung la kalau jadi apa2.

Habis tu kenapa awal2 tadi dia kata dia nak pinjam duit aku,kenapa menipu macam tu?Sendiri tak mampu tlg org,terpaksa tipu orang lain untuk tanggung janji kita.Pe cerita?(aku marah)

Aku tegur dia."lain kali kalau nak tolong orang pastikan kita mampu.kalau tak mampu, jangan.Menyusahkan diri.

Kau tak mampu tolong pastu kau pas dekat aku.Kira macam kau main pas-pas tanggungjawab dekat orang lain sedangkan kau yang berjanji awal2.End up orang lain yang kena tanggung."

Aku rasa tindakan macam ni memang tak matang.Tak fikir masak2,jenis yang memang takde common sense langsung.

End up aku bagi kata putus,suruh kawan dia datang jumpa aku terus.Aku cakap aku boleh tolong tapi tak janji la semua boleh bagi.Tapi at least ada la dari takda langsung.

Akhir cerita sampai sudah tak datang.Lagi best aku pernah jumpa dan tanya kawan dia.Macam mana masalah dah selesai?


Dia jawab : "eh aku tak pernah ade problem kewangan.gaji aku ok je..dorang bayar aku elok je."

Sampai ke sudah dia pertahankan ego dia ni.

Aku? macam tu la,sampai ke hari ni jadi bahan fitnah orang.Lantak la .... yang aku tahu Allah maha adil.Pada member2 ak yang percaya bulat-bulat cerita dorang berdua ni,sampai berubah sifat dan sikap dorang terhadap aku,aku tak berdendam dengan korang.Tapi...sekali lagi aku cakap,Allah maha adil.Dan aku doa semoga korang dijauhi bala dari Dia.Amin.

Aku perhatikan sikit2 Allah turun balasan pada dorang berdua ni.Bukan aku nak bergembira,tapi aku nak cakap dekat korang yang membaca blog ni,jangan main2 tentang perkara2 macam ni,jangan aniaya orang lain.Takut jadi asbab rezeki kita ditarik balik dan dapat azab,kalau jatuh kita sorang takpe,ni orang2 yang kita sayang sekali terpaksa menanggung.

Hilang kerja,hilang keluarga,hilang harta,hilang orang tersayang,pangkat,kehormatan,rezeki,semua boleh hilang sekelip mata.Hati-hati la....biar kita ni tak pandai,tak matang,kurang ilmu agama,tapi kita jujur dengan orang,kita mengaku salah,kita tolak ansur,kita mengalah utuk kebaikan umum,kita tak tipu rezeki,dan kita rendah diri.

Kalau sesiapa dah terlanjur jadi macam ni,taubatlah,terima la kenyataan kita buat salah.Ambil iktibar dan berubah.Tak rugi mana pun buang ego tu.Malu apa dekat kawan2 kalau kita berubah jadi baik.Lagi malu kalau kita masih dalam keadaan jahil dan orang2 sekeliling kita tahu dan perhatikan je.Dorang layan kita elok2 macam kita ni hebat,tapi dalam hati dorang keji kita.Kan malu macam tu.


Tuesday, April 14, 2020

Kepentingan menyimpan dan berkat gaji.

Musim covid ni,bnyk syarikat tak boleh beroperasi.
Bila tak beroperasi,produk tak jalan.Bila takde produk,maka takde sales.Bila takde sales,takde la keuntungan.Bile takde untung,tak dpt byr modal dan kos pekerja.Maka xde la gaji.

Yang ini kita kena faham,anggaplah ini ketentuan Allah.Redha.


----------------

Alhamdulilah,sejak hari pertama aku kerja,aku ade tabiat untuk saving a part of gaji aku tuk future use.Selepas 8 tahun bekerja,ade lah sikit simpanan tuk emergency,tak bnyk mana tapi cukup la untuk cover sekurang2 5 bulan tak bekerja,termasuk byr keta dan rumah.

Ni tabiat org yg terlalu serius men game rpg or game jenis resource management.Dia tak kan proceed next story klo x stock lvl kaw2 or mineral(starcraft) padahal ape yg ade dh ckp dah. Hahaha... precaution kate org.

Sebenarnye sbb ak ni jenis pemalas.Malas nak cara.So ape2 jadi terus setel.Duit dh standby.hahaha


----------------

Minggu ni masuk PKP yg ke tiga.Aku rasa susah hati dgn gaji yg aku dpt dari company.Aku terfikir nak beritau boss tak perlu bayar gaji aku next month,supaya dpt kurangkan beban company.Well basically company aku boleh je bayar,drg kaya.hehe Cuma aku tak sedap hati makan gaji buta.Rasa tak berkat.

Tiba2 aku dapat notification dari director aku,katenye ade secret mission,aku terpilih tuk jadi org2 yg dtg kerja.Hahaha

Sebab puasa nak dekat,content kena ade.Since aku ni org bujang yg keje dekat dgn opis,mybe aku rasa sebab tu aku terpilih.

Ok la tu,kebetulan baru je terfikir pasal makan gaji buta.Allah dah bagi solution.

If aku setuju,drg akan keluar surat dari company,as bukti aku dibenarkan kerja.Kang x pasal2 kena marah ngn akak polis.

Bosan duduk rumah ni...hehe 😁

-------------

Kalau nak murah rezeki,jangan pernah complain tentang gaji kita.Jangan pernah masuk campur rezeki orang lain.Sikit ke banyak ke,diam2 saja.Bersyukur dan sedekah.Sebab,tu urusan Allah.Bila dia nak bagi?..banyak mana?..dekat mana?..macam mana?dia saja tau.

Aku berani cakap sebab aku dah rasa dah.Yakinlah rezeki Allah tu ada dan adil.

Aku faham,kita ada rasa sakit hati,rasa tak adil tengok org lain.Gaji banyak,kerja sikit.Kerja banyak,gaji sikit.Tapi itu cuma luaran,tak sampai pun separuh kebenaran yg kita nampak dgn mata kita.Kat belakang ade lagi,ada lagi faktor yg mengadili rezeki org.

Yang banyak gaji,bekerja sikit...tapi suka bersedekah,suka beramal...zaman dia pangkat bawahan dia dh bekerja keras,bnyk tlg pekerja lain,kerja lebih dr upah dia.Dia naik usaha sendiri.Siapa tau?

Yang banyak gaji,kerja sikit...mungkin hutang keliling,keluarga porak peranda,rezeki anak lambat...mungkin jugak istidraj.Tau ape makna dia?Sila google.hehe

Yang kerja banyak,gaji sikit..tapi urusan dunia sentiasa dimudahkan,senang beli umah,senang kawin,dtg musibah,kiri kanan org tolong...kan?

Yang kena kerja banyak,gaji sikit...kat belakang bnyk buat maksiat.Memburukan orang,aniaya org.Pun ade jugak.

Soal rezeki ni,Allah dah bagi adil.Kalau kita ni matang sikit tuk bukak mata dan fikir,kita akan nampak logik nye.Tak payah susah2 nak tgk jauh2,selak kain org.

Tgk diri sendiri sudah.Tengok betul2 secara ikhlas dan rendah diri.Jangan tgk diri dgn cara sombong.Memang tak jumpa. 🤗🤗