Wednesday, October 13, 2021

Bila orang baik nak jadi jahat.

Kadang-kadang aku berharap sangat orang yang baik akan kekal baik.

Aku tak nampak faedahnya bila mereka nak berubah jadi 'nakal',acah-acah 'bad ass',semata-mata nak di 'acknowledge' oleh masyarakat,atau nak dapat tempat dalam sesuatu organisasi atau kumpulan.

Masalah yang timbul apabila benda 'jahat' yang mereka tak biasa buat,melibatkan orang2 lain disekeliling,sekaligus memberi impak negatif pada kehidupan orang lain.

Disebabkan profile mereka sebagai orang yang 'baik', masyarakat akan tutup mata dan mengambil sikap "takpela,semua orang buat silap".

Mereka yang terkesan pula akan kehilangan banyak benda,masa,harta,maruah,masyarakat etc.
Ada yang susah payah bertahun2 untuk bina hidup,end up musnah semuanya.

Kalau mangsa cuba 'justify' kan keadaan,minta keadilan, masyarakat tidak akan berpihak pada mereka.Mereka akan dianggap 'overreacting','inmature',penfitnah,'toxic' dan macam2 lagi kepada orang 'baik' ni.

Akhirnya masyarakat hidup bersama-sama orang 'baik' ni seolah-olah macam takde apa2 yang berlaku.Gelak ketawa,berjenaka,makan minum,bersosial.

Mangsa pulak akan diarah untuk berubah,tuk 'reflect' kesalahan diri,untuk 'adapt' dengan keadaan baru,dan 'move on'.

Bayangkan perasaan nya bila setiap hari kita kena mengadap muka,mendengar suara orang yang hancurkan hidup kita.Bayangkan bertapa tinggi kesabaran untuk terus professional dan tersenyum dengan masyarakat yg dulunya kita hormat dan sanjungi,sekarang menjadi musuh,memandang rendah dan tikam kita.

Orang biasa takkan mampu tanggung penghinaan macam ini,tekanan keatas mental yang sangat tinggi boleh menyebabkan seseorang bunuh diri.

Bagi yang mampu bertahan,selalunya akan membuat keputusan untuk berdiam.Mereka akan kurangkan interaksi dengan masyarakat kecuali benda2 yang perlu.Selebihnya mereka akan fokus kepada 'life' mereka di luar masyarakat,pada keluarga dan 'inner circle' sahaja.

Mereka berdiam bukan kerana mereka malu,atau mengaku salah.Tapi lebih kepada 'mercy' kepada si pelaku dan mereka yang menyokong.Kemarahan yang terlalu tinggi menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berdiam,bagi mengelakkan dari melakukan sesuatu diluar kawalan ke atas pelaku dan yang lain.

Kerana mereka berfikir,mereka boleh berubah,mereka boleh move on.Tapi si pelaku dan penyokongnya takkan berubah.Dan mereka akan berulang2 mendatangkan kemarahan pada mangsa.Oleh itu mangsa membuat keputusan tuk berdiam diri atau mudah kata membawa diri.

Boleh kata, 'its an act of mercy'.

Sejujurnya aku tak faham,jika diberi rezeki dari Allah dari segi kesenangan belajar,cepat buat kerja,laju selesaikan kerja yang diberi,personaliti dan pertuturan yang sopan,kenapa tak guna rezeki ni tuk masuk ke masyarakat?

Kenapa mesti nak jadi 'bad ass'?
Acah2 hisap rokok.
Acah2 pernah couple banyak.
Acah2 pernah pergi tempat maksiat.
Acah2 gaduh dan gangster.

Kalau betul sekalipun org bodoh je akan bercerita benda2 macam ni sbg 1st impression.

Matlamat tak menghalalkan cara.Rezeki dari cara mcm ni tak berkat.

Nanti duit tak cukup sana sini,rosak situ, accident sana,jodoh tak panjang,zuriat x dpt dan mcm2 lg yg aku dh pernah nampak depan mata aku sendiri.

Menzalimi,menghina orang yang pernah membantu kita pada aku adalah sikap yang paling jijik sekali.

Ketahuilah sesungguhnya Allah maha adil.
Bersabarlah pada mereka yang menjadi mangsa orang2 yang macam ni.Semoga Allah ganti ujian ni dengan rezeki yang baik di masa hadapan.

Amin.

________________

P/s: what if from the start all this kind/nice act was fake?...man...gile2 plot twist.

Thursday, September 9, 2021

TMnet yang lembab.

Menunggu TMnet masuk taman macam bulan jatuh ke riba.

Dah nak masuk setahun,berapa kali isi borang,berapa kali surat sokongan ketua kampung,aku pun dah tak kira.Kesian geng taman aku yang kena follow up kes ni.

Kerja aku dah masuk hujung tanduk.

Maxis Air memang tak boleh diharap,bila quota habis,macam gile Parsec.Frame skip,playblast lompat2.Klik button delay 2-3 sec,nak gerak controller kena tunggu delay action.Keje gile...1 pagi nak kena bangun buat kerja,sebab time tu la speed laju,sebab traffic low.

Penat macam ni,aku sayang kerja aku.Aku takde masalah dengan salary,dengan workload.dengan management di department aku..tapi aku macam rasa ada je benda nak jadi macam Allah nak suruh aku move on dari kerja ni.



---------------------------------------------------------

Baru-baru ni aku discover,yang sangkut bukan connection aku,walaupun maxis air slow,still boleh stream netflix,youtube.

Aku off sume dan on Parsec opis aku,terus hang,drop frame..slow connection.

Mula2 aku tak suspect lagi.

Then parsec hang lagi,sangkut2.Aku terus double klik icon netflix kat dekstop aku,play sitcom friend.Susprisingly laju.

Ok.

Aku on youtube,random video 720p.

Seperti yang dijangka,streaming tak sangkut.

Aku on parsec,bukak maya,delay....tarik timeline,delay kaw2.On playblast,lompat frame kaw2.

Aku terkasima....

Recently alot of co worker aku complain tentang lag,mostly yang guna fiber,and bile ayam tambatan report baru la orang atasan percaya connection kat opis problem.

kes aku?....well~

After all aku kena panggil meeting,kena tiaw,sampai xde excuse,habis duit beli laptop...all this time aku duk blame salah aku sendiri,rupa2 nya problem datang dari opis sendiri.

Aku speechless,ak tak tau nak cakap ape.

---------------------------------------------------

Minggu ni 18sec workload.

Aku berharap dorang potong 2 shot,but nope.Aku malas nak bersuara,base on pengalaman lepas,aku dah agak apa ayat drg akan bagi.

Dengan quota maxis dh habis,aku dah tau this not gonna work well.

Tapi aku still jalan.Ahad lepas setel rumah aku buat blocking,dengan merangkak2 aku buat sampai 3 pagi,then rehat.

------------------------------------------------

Hari ni rabu,dateline.

Aku bgtau yang workload ni terlalu berat tuk aku finishkan on time.So aku mintak budi bicara,sekurang2nya approval dan masa tuk siapkan.

Ok lah,no pressure.Walaupun slow,thing work well...jauh lagi tapi aku plan satu per satu.

6pm lead tanya progress,ak report.

Lead tanye feedback,so ak bagi pendapat aku,drg tau ak ade masalah connection,aku harap drg blh bagi shot pendek2,banyak2 pun takpe,asalkan x panjang sebab lagging and susah nak finishkan dalam keadaan macam ni.

Seperti biasa jawapan yg aku paling tak boleh terima : "amik inisiatif hari weekend kalau rasa workload heavy."

Well ..... im done.

Mentaliti yang sama,over and over again.Kau rasa kalau aku on weekend connection laju ke?Its still the same.Why would i spend my weekend to work while i need a rest from all this stress?Ape aku ni bukan manusia ke?I'm been working on weekends for 8 years!! Under my own initiative.And now when i need time to rest properly and work normally aku kena kecam tak amik inisiatif kerja weekend?

WTF man.

--------------------------------------------

Hari ni aku setelkan kerja sebelum jam 12.Esok aku nak request cuti seminggu.After that aku akan fikirkan ke mana aku nak bawa diri.

Im done....ni semua gile.Ade je benda nak menjawab dekat aku.Aku fed up.

--------------------------------------------

Pagi ni aku research job around area rumah aku.Isi borang recruitment dan hantar email dengan resume.

Sementara tunggu brief,masak breakfast dan tengok tutorial PHP kat youtube.

Aku reply chat dari leader dengan cara yang elok.Aku masih marah tapi aku kena be profesional,lagipun aku masih respect leader2 aku terutama yang dah berkeluarga.

Kalau boleh aku taknak ade beef dgn dorang even after aku tukar kerja nanti.If possible la,its all depend kat dorang.



Ingatkan aku dah sampai destination,end up just pit stop je....yare yare.

Jauh lagi perjalanan nampaknya.

Saturday, June 12, 2021

Its what you've got.

Semalam macam ride roller coaster.Its start with a disciplinary talk and going straight to personal issues.Aku dapat laptop dlm masa 4 jam purchase.Ofcourse guna Lalamove, delivery payment ...yup RM60.
Tapi tu je the best option aku ade considering malam ni dateline dan aku ada 3 shot tuk disetelkan by tonight.
Magrib aku receive laptop,masuk rumah terus on kat couch install semua yg necessary tuk WFH dan pecut.




Imagine tengah bulan,time mco,beli laptop rm950 (ofcoz secondhand) semata2 nak catch up dateline hari tu.Memang keje gile.At least better dari pc aku, connection still slow but the response time dalam parsec better.At least boleh tengok frame by frame dengan clear.

Sayangnye,memang tak sempat.Paling lama aku boleh hold pun sampai pukul 5:30.Mata aku dah berat.10:00 pagi kang ade meeting ep baru.

So....yeah.Aku redha,but still aku continue buat shot sebaik mungkin.Aku takkan abadon job macam tu je.

Lebih kurang 12 lebih aku kena panggil meeting online.

The rest was history.

----------------------------

This is the story yang aku tak rasa nak share dengan those exec or director or any higher up or even co worker aku sendiri.

Sebab nampak macam lame excuse.

Aku just letak sini,sebab one day aku akan trace back this post to remind me of what i been trough to survive.

Sebab aku menangis time meeting tadi,which aku sendiri tak expect yang people can drive aku to the corner out of the track.Aku assume yang stay dekat sini dah tak jadi fokus aku sekarang ni.Dan aku assume being soft spoken and nice to certain people was a waste of time.

Paling penting,they will be someone yang tak give a damn thing about the changes kau buat dalam life and keep digging the past yg kau already buried.

Words like :
"kau kena buat macam ni macam tu.."

Yeah,aku dah buat and masih lagi buat.Dan kalau kau tak nampak and aware aku tak blame kau,but please dont assume kalau tak tahu..please.

Or

"ape solution kau for this problem,to prevent this..."

Dude i already told you,aku dah take up action,i buy this f**** laptop ASAP.I even pay for that VPN!!!
Its clear someone tak bagi attention bila aku bercakap before.

Someone masuk dalam this room half cooked and with personal intention.

Kalau aku tak professional,aku akan break this person mentally tapi aku fikir tentang adab dan hormat aku pada orang.

Jujur aku cakap,tu bukan lawan aku.Aku fikir tentang keluarga orang sebab tu aku hold back.
Honestly aku agree with the point,tapi bile conversation dah kelaut,aku triggered.

Aku dah tak boleh toleransi dengan perangai yang macam ni dah.

-----------

Lepas setel saki baki kerja aku terus tidur,flat atas lantai...of cos semalam tidur pun x sampai 2 jam.

Bangun dah 1 pagi.Tekak aku rasa haus gile.
Aku terus ke freezer minum susu.That was the best susu aku pernah minum seumur hidup aku.

On laptop,connect parsec setelkan 2 layout.

Spotify gatal play lagu2 giveup and sedih.

Masa ni kepala aku fikir macam2.Grabfood,foodpanda,jual rumah,balik johor,kerja fnb,hantar surat berhenti dan macam2 lagi.

Sambil tu tgk insta story coworker,tik tok tntg a guy bawak selimut to comfort babi yg dia bela.Title dia 'When prod try to comfort animator' something like that.

I guess im that babi huh..~

Tak nafikan aku terhibur, suddenly spotify aku play 'its what you've got'-pete dello and friends.

Bile dengar lirik aku tersenyum.

Yup screw it...dehel with this feeling guilty.
Giving up?
Kesah ape aku.

This is what i got at this moment,and im gonna hold this.If someone trying to take away from me,im gonna fight him/her.No more feeling guilty or respect.Screw all of that.

At least sampai aku ready tuk move one ke kerja lain.
--------

Setel keje aku on netflix and bukak back to the future movie.
What would i care much bout those damn thing at office while i have all this good thing around?

Its what you've got - Pete Dello and Friends

It's what you've got, it's what you've got
It's what you've got, it's what you've got
True love is, true love is

And it don't matter what you do
And it don't matter what you say
But hold on my friend, hold on my friend
And it don't matter if you're right
And it don't matter if you're wrong
But hold on my friend, hold on my friend
And even though the world may laugh at you

It's what you've got, it's what you've got
It's what you've got, it's what you've got
True love is, true love is

Oh, listen very carefully
And I'm sure that you'll agree
To hold on my friend, hold on my friend,
And in your heart you know it's true
That what you want belongs to you
So hold on my friend, hold on my friend
And even though the world may laugh at you

It's what you've got, it's what you've got
It's what you've got, it's what you've got
True love is, true love is

True love is


Friday, May 14, 2021

Raya PKPD and living well

After all the effort last year,in the end tahun ni beraya dalam rumah.

For those kaki jilat kkm,puak pro vaksin yg tahu ikut tp zero knowledge on vaccination,for those kaki konpirasi yang tak habis2 bernegatif dan toksik,for those org agama yang langsung x layak untuk keluar fatwa dalam media sosial...this is for all of you.seronok kan raya kat rumah?

My effort kena work with full sop sebulan lebih masa 1st pkp sedangkan org lain dlm company duk umah with anak bini dpt gaji free go for nothing.Dan org2 ni sekarang kuat bersuara,lantang mempersoalkan keadaan sekarang seolah2 mereka saja yang susah.

I really wish them to shut their mouth this time.

-------

Hari ni masuk raya kedua.Pagi2 sebelum subuh ak dh pack folding bike ak n drive around kampung cari pokemon sambil tunggu azan subuh.

Ramai jugak org kat surau kmpg ni.Somehow aku nak donate tuk renovation surau ni...doa2 la aku kaya suatu hari nanti ye.

Drive pusing klang dr pagi ke tengahari.Singgah kat taman rekreasi pandamaran.Sempat borak dgn uncle india jaga tandas situ.Dia tanye raya kerja ke.Aku cakap jalan2 je dalam kereta.Somehow dia sgt peramah.Dia borak tentang anak dia kat segamat tak dapat balik.

Aku perasan org kat sini peramah.Last time aku nak beli barang tukang kat kedai uncle then dia cakap kedai dia ada jual yg biasa punya.Instead suruh aku beli dia punya,dia suh aku pergi kedai lain yg ade jual,siap bagi alamat kedai lagi .

Same with uncle yg aku jmpe nak beli langsir.Dia cakap takde jual.Tapi suruh aku pergi blok depan sebab ade kedai bangla jual langsir.Somehow aku bersyukur dpt tgk this side of perspective.

Btw tandas tadi Rm0.50 per entry.Aku macam okeeeyy...ade lagi tandas bayar.But aku tarik balik,sebab tandas situ bersih gila.Even surau dia pun bersih.

Sebelum beredar aku wish hari raya kat uncle india tu.

Well kat pulau kedai makan x bukak langsung.Hari ni aku xde mood nak masak.So aku redah sekali lagi keluar pulau tapau fast food.

Sampai umah dh nak maghrib,bebudak ramai lg men kat luar.Jiran tengah layan tetamu dtg.

After settle down everything,ak cuci bekas2 lauk raya semalam dan lepak kat couch layan netflix.

Tak sure malam ni nak buat ape,buku bnyk x bace,netflix bnyk x tgk lagi,monhun rise pun ade lagi nk finishkan.Ps4?....aku malas nk bukak.sama la dgn pc aku.haha

Right now aku enjoy this peaceful life.Aku rasa bersyukur sgt.Aku tau yang banyak aku hilang for this,but i think it worth the trade.

Lagipun bukan ak yg nak trade semua ni.Society yang paksa aku tuk buat decision ni.

Tuesday, April 13, 2021

Its time to move on.

Projek kali ni ade sikit delay.
Aku tak berapa gembira dgn vision dan decision making tapi considering position aku dan team yang aku kerja,aku x boleh nak masuk campur lebih2.
Aku hold diri aku atas respect pada leader aku.

Aku disappointed bila bebarapa tahun dah pun berlalu dan jawapan pada soalan aku masih sama.

Its prove that nothing changes after all.
Walaupun org reject opinion aku,in the end aku tetap betul,tapi apa yang tak bestnye aku tetap kena fix the mess.

Now aku rasa dh sampai masa tuk fikir balik tentang decision aku tuk stay sini.

----------

Bulan ni kemungkinan dapat rezeki 5 angka.Alhamdulilah,berkat bersangka baik dgn orang.Tapi sebagai compensation,aku hilang satu trust.Well,its a good trade considered that trust mmg tak honest pun dari awal.

Atuk sakit tenat,so ak emergency balik ke johor.Hari ni masuk hari ke 7,selepas aku decide tuk extend seminggu lagi.

Kat opis mungkin dah huru hara org bising sal cuti aku ni.Dan pendaftaran berbuka puasa.Ak expect naik nanti confirm kena panggil.Tapi aku dah ready.Its now or never.

Susah jaga orang sakit ni.Dia punya perangai lain macam.Tak kuat hati boleh mengamuk kita.

Sekejap nak tu sekejap nak ini.Pukul 2 pagi nak tembikai.Nak cuci berak kencing.Nak angkat lagi,salah angkat kena maki dan banyak lagi....

Bapak aku dh demam jaga dia.Pakcik2 aku gilir2 jaga,tu pun masing2 ada komitmen.Aku pun dah sakit tangan angkat dia.

Sambil duduk di kampung ni,aku dimudahkan jalan oleh Allah.Ilham nak cari kerja tu datang.Sambil2 aku buat persediaan tuk cari kerja lain.Kira simpanan yang ada,komitmen dan worst case scenario.Everything aku dah prepare.

Ada riki2 a few of kerja yang aku boleh handle berdekatan dgn area rumah aku.

Its gonna be a long journey.

Aku dah malas fikir tentang budi,loyalty, passion,bonding tu semua.Pada aku sekarang just nak move forward.

Selama ni aku asyik fikir aku ni terlambat,tertinggal..tapi sebenarnya aku yang berhenti untuk org lain lompat atas aku.

Dah sampai masa dah untuk aku bergerak.

---------

Duk sibuk jaga org sakit,lupa dah masuk bulan ramadhan.
Happy Ramadhan. 😁



Tuesday, February 16, 2021

Another imposter

Alhamdulilah,

Rezeki masuk awal.
Weekend aku terus pecut ke Jenjarom,masuk kampung,redah kelapa sawit..semata-mata nak deal kabinet dapur.Overall aku puas hati dengan price dan material dorang bagi.

Barang letrik aku beli kat Denki terus.Habis semua tapau.Dah macam raja dorang layan aku.haha

Malas fikir dah.Masa pun dah hujung2.Habis bulan kena keluar rumah sewa.

Tinggal lampu dan kipas je.

........

Bila nak hujung2 pindah ni Allah bagi hint banyak.

Allah tunjukkan aku sifat sebenar orang yg dekat dengan aku.
Even sampai penghujung aku masih hold husnuzon tu,masih lagi pegang respect dan sifat belas kasihan pada org yg aku kenal.
Walaupun aku dh tahu,clearly dah kantoi pun.Aku still convince yg semua ni salah faham.

Sampai la hujung2 nak pindah ni,akhirnya terjawab semua kekusutan dalam hati aku.

Allah...aku speechless sbnrmya.Tapi nak buat macam mana,org punya pilihan.

Put that aside,pilihan beli rumah ni betul.Memang Allah bantu aku untuk jawab semua yang aku rasa aku sendiri overthinking.

There's always someone yang sanggup pretend so many years dengan kau,as long as diri dia ok.

Famous word "kesah ape aku,aku tak buat apa2.aku buat hal aku sendiri...ntah aku tak amik port pun...etc etc",sambil berdiri atas kepala orang lain.

Skrng aku faham,kenapa masa kali pertama aku tolong dorang, keadaan dorang macam tu.Masyarakat actually dah buang dorang.

Aku la yang bodoh sebab pergi kutip dorang,atas dasar simpati.

So jangan la jadi bodoh cam aku.Bertahun2 bagi orang sedut life kau,while happy sendiri sebab ada people around kau,which actually faking their smile all this time.

-----------

Masalahnye..aku masih lagi terikat dgn mereka berkaitan kerja dan hobi.
Aku x rase drg blh move on start new leaf,which aku prefer.
Tgk la mcm mana,semua atas drg je.

Aku still mcm ni jugak.

Saturday, January 30, 2021

Keep movin on.

Hari sabtu yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba.

Semalam gaji masuk,jadi hari ni aku decide tuk pergi DIY beli barang-barang tuk pasang tinted cermin rumah.

Gara-gara layan Jdrama 'Border' semalam,hari ni aku oversleep.huhu



Member seopis yang tumpang bilik aku hari ni balik rumah family dia,jumpa bini.Zaman covid ni terpaksa lah PJJ kan.Nak buat macam mana,redha je la ketentuan Allah.Semua ada hikmahnya.

So hari ni aku spring cleaning bilik aku.Aku jenis tak boleh nak kemas kalau ade orang.Mula-mula aku serabut nak start dari mana.Then aku start humban semua benda ke tengah bilik,susun,dan organize satu-satu.

Selepas 5 jam berkemas akhirnya bilik ak kembali ke wajah asalnya,dah dekat sebulan lebih aku tak rasa bilik aku luas macam ni.lol XD


Well,honestly,aku sangat pakar dalam organize dan manage benda yang dah serabut.Benda yang beyond repair yang orang dah give up,serahkan kat aku.Confirm setel.

Sebab tu instead of leading,aku lebih suka managing.Bila kita manage something,kita akan slowly learn tentang something,by then perpektif kita akan lebih terbuka dan kita dapat kenal pasti problem yang sebenar.Kemudian baru la kita susun stratergi tuk solve problem tu dengan adil.

Aku prefer assistant rather than leader.Sebab aku dapat banyak masa tuk fikir dan solve problem.Aku prefer second man dari jadi 1st man.Aku lebih prefer kerja belakang tadbir instead jd role actor (except the time aku jadi main actor time Uni dulu,satunye jd Juliet,yup juliet!!! and satu lagi sebagai Ehsan si nelayan yang selamat kan Puteri,main role for drama yg drg pinjam skrip dari Aswara...aaahh rindu zaman ni,masa ni aku tengah jatuh cinta,beria-ia berlakon nak impress someone.)Maybe next time aku akan buat post pasal ni.

Aku faham apa yang Ayumu Aikawa rasa..bro i feel you~😭

------------------

Lepas hantar baju ke laundry aku terus drive ke Space U8.DIY kat sini besar dan dekat luar.Tak perlu susah2 nak masuk mall jauh2 jumpa ramai orang.

Spoil mood sikit,bila aku marah orang yang drive kereta secara merbahaya,hampir nak langgar budak food panda.Kebetulan depan ada roadblock.Depan2 polis aku sekolah dorang.Kesian abang polis kena layan aku haha.

Tinted yang dijual tak banyak,maybe aku kena jugak beli kat shopee.Tapi aku try beli segulung untuk test kat tingkap belakang.Aku beli sekali ngn pita pengukur,barang2 tuk pasang tinted dan accessory menukang lain.

Geram tengok barang2 gardening and deco rumah.Tangan aku gatal je nak beli...lek sabar lu,sabar lu...fuhhh.

-------------------

Sebelum sampai rumah aku singgah ke seksyen 20,pusing2 habiskan minyak.Kedai autowash tutup pulak.Takpe la drive je la,layan sunset,sambil-sambil dengar lagu.

Tapau CB ikan bakar abang sado,tapi aku tapau nasi goreng udang je,malas plak nak ikan bakar dinner nanti.

Dalam kereta kuat gile bau nasi goreng dia,sampai aku masuk liff pun masih lagi kuat bau dia.Betul-betul sado eh nasi goreng dia..hahahha

-------------------

Well,besok maybe tengok rumah,kira ukuran dapur sume bagai.

Malam ni just lepak layan-layan youtube,usha2 gambar travel and sambil2 carik lagu tuk buat MV.

Although thing seem to be tak berapa nak bagus di opis,but still aku bersyukur dengan life yang aku ada sekarang.Walaupun dapat bnyk cold shoulder and abit of passive-aggresive behavior dari a lot of co worker yang still percaya dengan fitnah and khabar angin lepas,at least some senior dan co worker yang aku kenal banyak bantu aku tuk bangun balik.

Sekurang-kurangnya apa yang aku plan dah nampak hasilnya.To be honest aku tak sabar nak masuk rumah baru.This is going to be another chapter in my life.Woohooo~

Sumpah excited!!~ 




Tuesday, January 26, 2021

Living with An Asshole

Greeting.

Every one of us has a friend that knows the 'TRUTH' but decided to keep it for themself.

-this 'truth' can save a friend from choosing the wrong path.

-this 'truth' can help a friend to solve a problem and prevent it from getting bigger and worst.

-but most of all this 'truth' can self someone's life.

Yet this particular friend chooses to keep the 'truth' rather than telling it to the person who needs it.

----------

Aftermath.

The damage was done, people get injured, physically and mentally. All the bonding, relationship, and trust broke beyond repair.

This particular friend will come to you and pat your shoulder. Slowly they said :

"If you choose the other path, the thing wouldn't be this mess. You were overthinking. this whole time your were imagining thing in a different way. You fought the war you should not engage. I knew it because I already knew the TRUTH before."

At that time you got nothing but emptiness while your whole body being stab by a thousand arrows.

Yet they never tell you the 'truth' until the end.

----------

Given time, you brave enough to recover thanks to the help of people who sympathize with you. Although it hard you decide to restart your life and start a new leaf. Things are getting better for you.

Suddenly this particular friend comes to you with a smiley face. They said:

"I have a problem that I can't solve, I plan to ask others but I'm afraid they won't help me. You the only one I trust. Would you mind listen to my problem and help me solve it?

You know i have a problem with etc,etc,etc,etc,...please help talk to them about etc,etc,etc...I think I'm doing good but why people seem to etc, etc, etc..anyway please solve this for me."

-----------

If you have this kind of friend in your life, let me give you and advice.

This is not a friend, but an 'asshole'.

If you value your life, future, and people around you, delete them from your list.

There is no good keeping this kind of people in your life. Because they are full with B's.

---------

Telling others about them won't do you any good. It will backfire you back. Trust me, I been there.

Here a tip:

-Avoid mingle around with them. Do it only if necessary in a professional way. Because they will refrain themself if they see you around. After all, the one who knows their true nature is you.

-Give them time and space to get involved with society. People like them love hanging around with big group or organizer because it serves them good and makes them feel superior to other. Through time the mask will slowly be broken and its true nature revealed.

-With enough time, society will realize what an asshole they were. Some might be stupid to realize it, but most of them will surely getting fed up especially the closest one. When that happens you no longer associated with these particular people, and their problem becomes a pain in the ass for society to fix.

-It took time, so meanwhile, just focus on what you have and the good friends you have around you.

-Remember, 'Kifarah' is real.