Sunday, January 9, 2011

Saya tak kenal awak,tapi awak kenal saya...boleh pengsan macam ni~

Dulu aku praktikal di PTPM,Pineng.
Salah satu project yang aku join ialah CEETRE.
Kami pergi ke beberapa buah sekolah berdekatan dan shoting video tentang pembelajaran subjek CEETRE di sekolah.
Projek ni berlangsung selama beberapa minggu,tapi bukan setiap hari kami pergi.

Dalam banyak-bnyak krew yang ada,aku adalah yang paling muda.
So budak-budak akan panggil aku abang dan yang lain pakcik.

Memang pening nak layan karenah budak2 sekolah rendah ni.
Terutama bila ko handle kamera ade je yang nak datang posing "peace" instead of berlakon.
(-_-")

Semasa kami rehat,budak2 duk kerumun meja editor.
Kebetulan ade 3 monitor dan 1 mixer kat atas tu.

So dorang tanye sesama sendiri:

"Tu ape tu..tuk wat ape?"
(sambil menunjuk kan ke arah monitor)

Dari jauh aku tengok kan je budak2 tu.
Asalkan dorang tak sentuh barang2 tu sudah.

Tiba-tiba datang seorang budak lelaki,gaya agak smart,ala-ala poyo sket.
Dalam hati aku rasa dia ni mesti 'market tinggi' dalam kelas ni.huhu

"Yang ni TV tuk kamera..yang tu TV1,yang tu TV2,yang sana tu TV3.."

"..ooooo"

budak2 lain sume angguk support.
Duh boleh plak macam tu..o_0.

Bagus la...bulat2 ko kena tipu dengan budak laki tu.Yang dia ni pun agak2 ar nak tunjuk power.
Padahal sama2 sengal.haha

Ala budak2..biasa la..terhibur gak aku time tengah berpeluh kerja ni.

------------------------

Aku semayang jumaat kat masjid USM,tumpang moto Pak Razak dr opis.Lepas semayang Pak Razak ngn Pak Leh akan bawak aku makan tengah hari di Desasiswa Bakti.Lagipun rumah aku memang kat situ,sebelum ni Desasiwa Gemilang tapi jauh sangat so aku tukar.

Tengah2 sedap melantak,tiba2 lalu seorang makcik dan anaknya berpakaian sekolah.
Dia pandang aku dan senyum.
Sambil menarik tangan mak dia,terus tunjuk kat aku dan cakap:

"Mak..tu la abang yang datang kat sekolah buat filem.."

Pergh..buat filem tu,dah macam pengarah dah aku...haha

Tiba-tiba rasa bangga sikit..huhu
Walaupun pengalaman aku kat Pineng berakhir dengan sedikit muram,tapi bila aku ingat2 balik perkara macam ni,aku rasa senang dan happy.

Aku datang sana pun bukanlah nak enjoy kan?
So perkara2 yang tak manis tu,aku simpan je la dalam kocek,sebab masa depan aku ada banyak lagi benda yang perlu di risaukan.

Adios~ =)

3 comments:

  1. hahaha..ko buat filem ke weh??walaweh...

    ReplyDelete
  2. :) mmg ske kanak2... kdg2.. yg sedih suram muram 2 nnt jd pengajaran n kenangan utk kite... :)

    ReplyDelete
  3. bukan aku yg wat filem..aku ni krew je..haha

    bile tegok budak2...masalah yang datang sume hilang.senang je hati tngk drg nye inesen tu.huhu

    ReplyDelete