Monday, April 5, 2010

Balik Johor.

Besok aku kena balik johor.
Nampaknya aku kena turun untuk setelkan masalah ni.
Aku terpaksa tinggalkan semuanya yang aku dapat di pineng.
I wish this thing won't happen on me.

Kenapalah time aku mula nak dapatkan kebahagiaan hidup,ada saja masalah yang datang.
Aku tak dapat nak salahkan sesiapa,sebab tu aku rasa sangat sakit.

Balik nanti aku akan cuba cakap secara baik dengan keluarga nenek.
Cuba cakap sebaik-baiknya dengan ayah.
Kemudian pergi ke Pahang tuk setelkan masalah keluarga sana.

Kalau bukan aku saja cucu dan anak paling sulung,aku takkan buat benda ni semua.
Tapi atas tanggungjawab sebagai ahli keluarga,aku cuba walaupun terpaksa korbankan banyak perkara.
Dah memang jadi takdir aku, dikorbankan untuk kebahagiaan orang lain kot..huhu

Biarlah...kalau dah memang macam tu.Yang penting,sedikit demi sedikit aku belajar tentang kehidupan.
Setidak-tidaknya aku boleh terima kenyataan dan berfikiran waras berbanding orang lain yang dari luarnya saja nampak matang, tapi bila sampai keadaan macam ni, dorang dah macam hilang punca.

Kalau aku tak tenang kan diri dan berfikiran positif,siapa lagi yang akan dapat setelkan problem ni.
Orang lain dah kelam kabut,ada yang sedih.marah...konfius.
So aku kna sedaya upaya untuk kuatkan semangat.
Aku kena tolong dorang.

Andai kata lepas ni aku kehilangan benda yang aku suka gara-gara untuk selesaikan masalah ni.
Aku terima dan redha.

Kan bagus kalau aku ade girlfriend time camni,boleh kongsi masalah.
huhu

Tu la, siapa suh bangga ngn single status tu..konon cool.. mek kau...hahaha
>_<

Semoga semuanya akan selesai dengan baik~

No comments:

Post a Comment