Wednesday, April 21, 2010

Maaf..saya benci Celcom Broadband

Bila~ bila April~~

Masuk april je rasa nak nyanyi lagu "bila april"..hehe

Nampaknye bulan ni aku duk bakti seminggu je la,sewa bayar penuh..zzz

Bosan la plak duk umah,tapi takpe..jaga baby..hehe

Mau dekat sebulan setengah nak habis kan kelas memandu ni..haihz.

Mayb 27-28 april ni balik pineng sat..kemas barang pastu balik johor terus.

Aku tak sampai ati nak tinggalkn family aku camni.

Walaupun keadaan dah ok.

aku nak tolong setelkan kedai mak aku, jaga baby adik aku, tolong buat semua kerja2 kat umah dan kat kedai.

mayb aku kena lupakan semua impian aku kat pineng.

Owh..member aku cakap, org pompuan ni walaupun mereka ada kekurangan,tapi kat hati dorang ade kelebihan.

cuma sayangnya dorang lagi suka biarkan kekurangan menguasai diri mereka instead of kelebihan tu.

Sebab tu la,kadang2 mereka tak tahu nak buat pilihan..cam mak aku. huhu

Sebenarnya mereka cuma tak tau apa sebenarnya yang mereka mau.

So base on that aku tak pernah amik hati kalau ada perempuan yang tak sama pemikiran dengan apa yg aku nak..huhu

................................

owh, aku dah mula rasa nak ikut syeikh ke UK.

4 taun berturut2 dia ajak aku,tapi aku buat alasan study lagi.hehe

Skrng ni dh terang2 aku dh abis belajar....lagipun aku rasa nak travel jauh sikit, nak cari pengalaman.

Sebab rasanya apa yg ada kat diri aku, masih tak cukup lagi..kot.

So..tengok lah camne...huhu

..............

next post aku akan cerita tentang Bas ekspress..simbolik ni..hehe

And celcom broadband gile slow cam siput~~ zzzz



Monday, April 5, 2010

Balik Johor.

Besok aku kena balik johor.
Nampaknya aku kena turun untuk setelkan masalah ni.
Aku terpaksa tinggalkan semuanya yang aku dapat di pineng.
I wish this thing won't happen on me.

Kenapalah time aku mula nak dapatkan kebahagiaan hidup,ada saja masalah yang datang.
Aku tak dapat nak salahkan sesiapa,sebab tu aku rasa sangat sakit.

Balik nanti aku akan cuba cakap secara baik dengan keluarga nenek.
Cuba cakap sebaik-baiknya dengan ayah.
Kemudian pergi ke Pahang tuk setelkan masalah keluarga sana.

Kalau bukan aku saja cucu dan anak paling sulung,aku takkan buat benda ni semua.
Tapi atas tanggungjawab sebagai ahli keluarga,aku cuba walaupun terpaksa korbankan banyak perkara.
Dah memang jadi takdir aku, dikorbankan untuk kebahagiaan orang lain kot..huhu

Biarlah...kalau dah memang macam tu.Yang penting,sedikit demi sedikit aku belajar tentang kehidupan.
Setidak-tidaknya aku boleh terima kenyataan dan berfikiran waras berbanding orang lain yang dari luarnya saja nampak matang, tapi bila sampai keadaan macam ni, dorang dah macam hilang punca.

Kalau aku tak tenang kan diri dan berfikiran positif,siapa lagi yang akan dapat setelkan problem ni.
Orang lain dah kelam kabut,ada yang sedih.marah...konfius.
So aku kna sedaya upaya untuk kuatkan semangat.
Aku kena tolong dorang.

Andai kata lepas ni aku kehilangan benda yang aku suka gara-gara untuk selesaikan masalah ni.
Aku terima dan redha.

Kan bagus kalau aku ade girlfriend time camni,boleh kongsi masalah.
huhu

Tu la, siapa suh bangga ngn single status tu..konon cool.. mek kau...hahaha
>_<

Semoga semuanya akan selesai dengan baik~

Saturday, April 3, 2010

Ma ii ka...~

Konfius sama ada aku patut pergi atau tak ke Gala Night IO ni.
Tak tau nak cari baju kat mana.

Hari ni hujan,rosak plan aku nk jemur baju.
So aku try Zombie vs Plant, kali ni x perlu crack..hehe

Lapar plak tapi cafe tutup.
Tinah pun x dapat keluar sebab kakak dia datang.

Nasib baik dia hantar sms kata cancel keluar awal sikit.
Kalau tak confirm kedai runcit dah tutup.

Malam ni makan roti dan magi cup je.
confirm tidur perut berbunyi macam semalam ..-_-"

Takpe..dugaan je tu.
Kena terima seadanya.

Aku patut belajar tuk handle sifat curiosity aku ni.
hurm...myb aku akan try..huhu

Besok kalau aku rajin aku pergi survey baju kat BJ.
Kalau tak mayb x payah pergi kot.

Btw...cek gaji belum bank in lagi.
Kalau lambat2 burn le duit tu T_T

Friday, April 2, 2010

Strawberry Avalanche

Semalam abg wadzer betul-betul rasa bersalah kat aku.
Di sebabkan kerja freelance tu dah ada orang lain ambil.
Hampir semua orang dia call,semata-mata nak tolong aku cari kerja.huhu
Dorang serius nak tolong aku.
Aku sebenarnya tak la desperate sangat, lagipun ada 4 bulan lagi sebelum konvo.
Aku pun nak start macam fresh graduate yang lain, cari kerja pastu interview.
Tapi dorang memang baik,tak rugi kenal dorang time praktikal.

Lepas hantar kerja aku kat abang wadzer aku ke unit pedamaian.
Amik cek gaji aku..huhu
Tapi 2 jam aku tunggu Kak Ina tak de pun T_T
Aku lepak sana sambil borak2 ngn budak yg aku kenal time wat projek mindanao.
2 jam tunggu memang bosan,tapi aku dapat something yang valuable dari budak tu.hehe
Pas ni myb aku leh try kat Cenpeace tuk RO.
Pak Deris pun suh aku try Mescom atau arkeologi.Sebab dia kenal orang-orang kat sana.
Aku cakap pasal kerja Networking yang aku x dapat tu..
Dorang cakap "ade sebab tu dia tak dapat..sebab nak kasik lagi bagus.."
huhu terus aku rasa senang hati dengar macam tu..^___^

Hari ni dah siapkan 2 lagi video.
Maybe lepas semayang jumaat aku g hantar,skali ngn amik cek.

Baru-baru aku duk layan Owl City.Musik dorang boleh katakan sangat menarik dan pelik.Aku suddenly suka dengar terutama Strawberry Avalanche.

"If you were a beautiful sound and the echo's all around,
Then I'd be your harmony and we'd sing along with the crowds
Beneath the candy coated clouds of strawberry avalanche, jeez,
crashed over me."

Thursday, April 1, 2010

A little bit more~

Fuhh..siap pun keje aku.
Dah dekat kul 5.30 am, ngntuk le plak.
Klo tido ni takut terburn lak subuh..huhu.
Pasni mandi sat,semayang..myb tido sat kot.
Hari ni hantar keje kat abng wadzer.
Jumpe abng Wan sekali,harap2 ade la peluang keje tuk aku ..Amin~

Mak baru tepon,dia baru balik dari mersing lepas hantar adik aku.
Surat dari USMkal dah sampai suh bayar yuran sem lepas..o_0"
Kate leh bayar time konvo..zzz
Ayah aku dah bebel,dia suh mintak no akaun USMkal.
Dia nak bayar sekarang gak..zzz Dia selalu gelabah camni -_-"

Aku masih lagi risau pasal anip.
Takpe setelkan keje ni dulu.

Harap-harap hari ni semuanya baik-baik belaka.