Wednesday, March 31, 2010

Biarlah kalau begitu.

Malam ni hujan,bagus la tu.
Sejuk sikit.
Menunggu video siap convert,bosan la pulak.
Try bukak FB,tapi tak de apa yang nak di buat.

Aku cuma ada tuhan saja buat masa ni.
Hati aku ada sparuh lagi pada tuhan.
Dan separuh lagi masih belum di pulangkan.
Takpe la,aku tak mintak balik.

Dulu orang berharap,aku buat lengah.
Sekarang aku berharap,tapi orang buat lengah balik.
Aku rasa ni mungkin balasan ke atas aku kot.

Suatu hari nanti kalau tuhan beri aku peluang,aku takkan sia-siakan lagi,aku takkan berlengah-lengah lagi.
Sebab aku tahu peluang dari tuhan itu datang hanya sekali.
Aku tak mahu menyesal seumur hidup,regret in the end of the day.
Kalau aku terpaksa tinggalkan apa yang aku ada,aku akan tinggalkan.
Suatu hari nanti, bila sampai masa tuhan berikan peluang,aku akan genggam sebaik-baiknya.

Sebab aku tahu,tuhan takkan tunjukkan kalau bukan ia untuk kita.




terima kasih atas segalanya.

Penat..-_-"
Balik dari HKL setelkan masalah adik aku.
Hari ni mesti siapkan 27 video tuk di hantarkan kat abg wadzer besok.
Maybe after that balik johor.

Esok jumpa Abg Wan..harap-harap kerja kosong tu masih ada.
Dia pun macam x dapat nak tolong aku.
Gara-gara ke KL aku hilang banyak benda.
Hilang kawan,hilang kerja.
Abng wadzer pula dah ada orang lain untuk kerja bawah dia.
Mayb sebab video yang aku buat ni lambat dia jadi half hearted nak amik aku.
Haizz nasib...sepatutnya aku siapkan hari ahad lepas,gara-gara masalah adik aku suma tergendala.
Biarlah,semua ada hikmah.
Tolong aku tuhan.

I want to save you,
But i need you to save me too.

Aku berdoa kepada tuhan semoga tidak dibutakan mata hatiku.


Saturday, March 27, 2010

Hana Yori Dango season 2 episod 3

Mase earth hour tadi suma tutup lampu.
Aku pun join skali tapi pc bukak..huhu >_<.
Ingat nak tengok tv3 tapi x boleh streaming.
Seb baik leh bukak TV1, layan cerita "Utusan ke Jannah".
Boleh tahan best, especially untuk artis yang baru jadi pengarah.

Petang tadi aku layan cerita Hana Yori Dango season 2.
Episod 3 betul-betul buat aku speechless.
Evrything yang terkandung dalam episod 3 ni macam mencerminkan apa yang aku rasa sekarang.
Thx to this episod, sekarang aku dah bersemangat tuk sambung berjalan. ^_^

"i'm sorry for calling you suddenly before"
"I won't do stuff like that anymore"
"Bye..bye"

Huhu kejam ayat Makino ni..T_T

Hari ni tidur awal, harap-harap esok bangun ada semangat sikit nak edit video tuk projek monumen ni.

Amaran!! Kalau anip ajak aku keluar besok, aku terpaksa reject~ sry sahabatku T_T

Wednesday, March 24, 2010

My paperheart.


Ni kartun aku buat dengan Paint je...bosan xde keje huhu

Esok aku akan pergi interview kerja ngn anip dan shahada.
Mayb esok akan jadi turning point dalam hidup aku.
Tadi aku ke cafe bakti, as usual makcik kedai air dah tahu yang aku akan order kopi o ais.
Tapi hari ni tiba-tiba aku order teh o ais limau...o_O"
Tengah makan nasi ayam sambil minum air tu tiba-tiba aku rasa...
"Apsal teh o ais limau ni rasa sedap sangat..?"
Sebelum balik aku order lagi 2 bungkus..huhu
Fikir punya fikir baru la aku teringat..
Teh o ais limau adalah air feveret aku sejak dari sekolah rendah.
Memang takmo air lain selain tu kalau beli kat kedai.
Rupanya dah lama aku tak minum air ni...aku hampir-hampir terlupa.
Maybe sebab tersyok sangat dengan air-air lain,nampak macam sedap,tapi lambat laun kalau ade air baru akan kena tinggal jugak.
Teh o ais limau lak,langsung x sama ngn air-air lain.
Aku tak pernah jemu,even kalau suddenly aku beli minuman yang lain setiap hari..in the end of the day aku akan balik semula ke Teh o ais limau ni..huhu

Simple,walaupun tak secanggih minuman lain.Coca cola,honey dew atau 100 plus.Semua tu selalu bertukar tangan.
Aku pun tak tau sebab ape aku suka kat Teh o ais limau ni.
Kalau orang tanya sebab apa aku suka..?
Aku akan cakap..
"no reason..coz like already become a reason i choose it"

Tadi sempat terjumpa Pak leh,Pak razak n Abg Wan.Dorang duk sebok tanya aku nak balik johor ke tak.
Aku cakap x tau,sebulan lagi duk sini kot.
Punya suka dorang..haha

Aku tengah cari semangat nk siapkan kerja sambilan yg aku wat ngn abang wadzer ni..dah 3 hari satu pe pon tak jalan...
Gile takde mood..huhu T_T
Aku dah macam hilang punca.
Tolong la cepat-cepat datang mood rajin ni...huhuhu

Anyway,
Al Fatihah untuk arwah adik Fetryah Mustapha.Adik Irfan dan sahabatnya.
Semoga roh mereka di tempat kan di tempat orang-orang yang soleh..Amin~
Dan kepada Fetryah,Semoga dia kuatkan semangat dan tabahkan hati.
Aku harap dia akan kembali menjadi Fetryah yang aku kenal dulu secepat mungkin.
^___^

Kepada Pak razak..semoga anak dia yang kemalangan tempoh hari cepat sembuh.

Kepada Faizly, jangan risau kawan...baru satu tahun kau couple dengan dia. Jadi tak guna sedih kalau dia tinggalkan kau.
Kalau dia pilih itu,kau kena hormat dia...cuma satu hari nanti harap dia tak menyesal.
^___^

Please just don't play with me,
My paper heart will bleed,
Simple things, that make you run away
Catch you if I can.

Something that I know,
"Moving on" is easiest when I'm around you.
Now i have to moving on again.
I'll leave my trace,
In case one day you want to find me,

But don't be so late,
Life's wind and season will wipe away the trace slowly.

Sempat bergurau ngn Affa di FB td, satu-satunya orang yang aku respect sangat-sangat.
Tadi dia post ayat ni...dan aku betul-betul terharu.
Kan bagus kalau semua orang macam dia..^_^

Thank you everyone for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime. :)






Friday, March 19, 2010

Mungkin dah sampai masa untuk give up.

Aku terlalu sengal untuk menunggu selama lebih tiga jam di bilik TV....

esok kena stand by sanggar sanjung, lusa event sanggar sanjung,Ahad lak ade konvokesyen...

harap2 suma kerja akan buat aku bz untuk sementara waktu..

i hate this feeling~~