Sunday, August 21, 2022

Delivery wedding dress.

Hari ni pepagi ak dah kuar umah.

Ade order kul 9:30,10:30 dan 1. Semua hantar kek dan kuih.Rezeki hari ahad.Aku plan lepas kul 2 aku nak balik rumah.Nak tolong gotong-royong bersihkan taman kat perumahan aku.

Ak terlayan job ke shah alam.Sedar2 dah pukul 4 lebih.So aku terus drive menghala ke klang.Balik pulau indah.

-----------------------------------------

Tapi....

On the way balik ke pulau,aku dapat job di Klang.

Aku kena hantar baju kawin ke hotel dekat area Ara Damansara berdekatan dengan sekolah Jepun.Pengantin nak urgent sebab dia tertinggal baju tu dan majlis kul 6 nanti.



Problemnye, rumah family dia di Klang sangat konfius.Nombor rumah berterabur dan jiran dia pun tak tahu.Aku call dia tak angkat.Lepas dah dekat 10minit sidai aku call akak dia.Dia pun bagi tau alamat and description rumah.

Pas aku amik baju tu dari Uncle yang bebel sebab rumah dia no pelik.Aku terus pecut ke Ara Damansara.Kat area sunway customer dah call sempat ke sampai,aku cakap 10 minit.

On Vitec,masuk saka vrommmm~~

20 minit sampai dari klang ke ara damansara.Gile..haha

Akak budak tu datang ambil kat lobby hotel.Ni wedding orang india.Jenis yang have-have nye.

Akak dia transfer extra tips kat aku.Banyak kali aku minta maaf tapi dia kata takpe,sebab aku responsive.

Setel semua aku masuk keta,dalam otak aku pikir..nak balik umah mandi~~~~~~rehat.

Start je enjin kereta,tiba-tiba radio aku tengah play lagu hindustan."Dil to Pagal hai"

Lol...kebetulan.😂


----------------------

Bulan ni aku officially MADAO.

Selamat tinggal kesenangan dan fake world.



Thursday, June 16, 2022

Aku dah boleh agak.

Lama x update kat sini.
Last week ak burn out,family aku datang melawat rumah.Aku bawak dorang jalan2 selangor.Adik aku nak ke iCity tapi pagi tu kiterang ke Petrosains,malangnye limit 2k ticket per day.Last day drg ke wetworld then balik johor.

This week lagi burn out.Projek yang aku join ni agak kucar kacir.Ye la lead tak pernah handle benda macam ni.Tapi lead pun dah 9 taun bukan org baru,patut tau macam mana nak urus.

Aku ade bantu sikit2, bagi hint tapi macam biasa a,org xnak dengar.

Yang x best hujung2 kena tukar,pastu aku kena tanggung.

Sejujurnya aku dah penat mental keje sini.Selagi org2 mcm ni x ubah cara kerja drg selagi tu aku akan waste masa dan talent aku.Dan selagi tu la aku x kawin.

Ade kawan2 dan senior yg faham aku.Tapi drg pun diam aje.Kuasa drg limit,drg bergantung pada org lain.

So memang solution dia adalah keluar dr sistem ni.Aku dah riki kerja,try setel mana2 hutang dan manage komitmen.Sebab aku tau kerja lain takkan dapat gaji setinggi sekarang.

Tapi aku pun bukan kerja mengharap gaji naik.Kenaikan ni pun lambat dr org lain.Itu pun adr mulut2 yang complain sal gaji aku.Menyindir dan cuba bagi nasihat konon2 gaji kena berkat.

Kesimpulannya,sini dh terlalu toksik buat aku.Macam mana aku berubah dan improve pun,aku yg akan sengsara.Sebab kebanyakkan atasan kat sini akan contradict every words dan actions drg.

Aku dh cuba bagi peluang,dh cuba toleransi,dan dah cuba sabar.

Rasanya jawapab dari sikap drg jelas.
Aku kena keluar dari company ni.Walaupun aku sayang company ni,loyal,tp aku x sanggup hidup dgn org yg ada dalam ni.

Monday, January 17, 2022

Deja vu

Aku dapat satu workload baru selepas 2 kali kami amend.

Ini adalah kali ke 3 the whole episode kena amendment.Aku tak nak amik tahu kenapa kena tukar lagi,sebab polisi aku tahun ni just buat apa yang dimintak within kemampuan aku.

Fasa blocking adalah fasa dimana kami roughly tunjuk idea dan pose kepada director dan lead,sebelum proceed untuk finish.

Takde komen dari lead dan director,malah penambahan idea or vision dari director pun takde.Aku assume mereka setuju.

Proceed with final,sedikit hiccup but then semua sempat finish and present to BOD.
Ketika menunggu aku berharap idea baru diapprove since ada penambahan visual yg pada aku awesome dari concept artis dan comp.

---------

Unfortunately,kena amended lagi.

Dalam masa yang sama kami ada pertukaran tempat duduk dan kumpulan.
Shuffle ni happened every year to make sure semua org tak stay place dan kerja with same people.

So aku dapat new lead and new team member.

TBH aku afraid sebab this is the circle yg penah kill life aku sebelum ni,and one of the many reason aku jadi silent and bawak diri.

But,aku cuba tuk adapt since last year was good for me.in term of life quality,things getting better.

-----------

The amendment was not clear,takde video or suggestions.We just amend it by our on sense that consider improvement.

2 kali checkpoint, amendment aku x diterima.Aku nak je cakap why not korang acting and aku copy 100% exactly.

By the time masuk kali 3 aku decide tuk swap the shot dgn others people yang rasa stuck macam aku juga.

Leader baru aku x setuju dengan alasan kesian org yg kena swap.klo dulu ak pun fikir mcm ni,tp skng lebih pd efficiency.Tp malas balah,dia pun bkn matang sgt pasal hal2 cmni.

Then aku proceed mcm biasa.
Tengah buat tiba2 lead amik shot aku dan suruh aku buat shot lain.

Dia kata ikut je acting director confirm approved.Katanya aku degil.

Of course after that shot tu approved lepas leader aku tukar ikut video acting director.

But the point yg dia hentam aku x follow acting director a bit unjustice.

*. 2 kali aku amend tanpa video acting director atau kata putus dr drg if tak suka or suka idea aku.

*. Video acting tu dpt pd amendment ke tiga,which aku sure drg dh nmpk benda x jadi n drg br nak acting.then lead aku amik shot aku sblm ak smpt buat ape2 tuk follow new vid...pastu x abis2 ulang,ak x follow video acting,dia follow sbb tu dia punye shot approved.

Sejujurnya ini  bukan kali pertama.Lead baru aku ni dah bnyk kali salah faham and cakap fakta tak kena pada tempat.
Ni reason aku jauh dari dia.Pada aku dia toksik.

Aku penat sbnrnye,everytime aku dapat peluang untuk improve,dorang akan datang and kacau.

Aku betul2 rasa aku kena keluar dari tempat ni.

Penat mental,kalau org lain mungkin dah bunuh diri.

Wednesday, October 13, 2021

Bila orang baik nak jadi jahat.

Kadang-kadang aku berharap sangat orang yang baik akan kekal baik.

Aku tak nampak faedahnya bila mereka nak berubah jadi 'nakal',acah-acah 'bad ass',semata-mata nak di 'acknowledge' oleh masyarakat,atau nak dapat tempat dalam sesuatu organisasi atau kumpulan.

Masalah yang timbul apabila benda 'jahat' yang mereka tak biasa buat,melibatkan orang2 lain disekeliling,sekaligus memberi impak negatif pada kehidupan orang lain.

Disebabkan profile mereka sebagai orang yang 'baik', masyarakat akan tutup mata dan mengambil sikap "takpela,semua orang buat silap".

Mereka yang terkesan pula akan kehilangan banyak benda,masa,harta,maruah,masyarakat etc.
Ada yang susah payah bertahun2 untuk bina hidup,end up musnah semuanya.

Kalau mangsa cuba 'justify' kan keadaan,minta keadilan, masyarakat tidak akan berpihak pada mereka.Mereka akan dianggap 'overreacting','inmature',penfitnah,'toxic' dan macam2 lagi kepada orang 'baik' ni.

Akhirnya masyarakat hidup bersama-sama orang 'baik' ni seolah-olah macam takde apa2 yang berlaku.Gelak ketawa,berjenaka,makan minum,bersosial.

Mangsa pulak akan diarah untuk berubah,tuk 'reflect' kesalahan diri,untuk 'adapt' dengan keadaan baru,dan 'move on'.

Bayangkan perasaan nya bila setiap hari kita kena mengadap muka,mendengar suara orang yang hancurkan hidup kita.Bayangkan bertapa tinggi kesabaran untuk terus professional dan tersenyum dengan masyarakat yg dulunya kita hormat dan sanjungi,sekarang menjadi musuh,memandang rendah dan tikam kita.

Orang biasa takkan mampu tanggung penghinaan macam ini,tekanan keatas mental yang sangat tinggi boleh menyebabkan seseorang bunuh diri.

Bagi yang mampu bertahan,selalunya akan membuat keputusan untuk berdiam.Mereka akan kurangkan interaksi dengan masyarakat kecuali benda2 yang perlu.Selebihnya mereka akan fokus kepada 'life' mereka di luar masyarakat,pada keluarga dan 'inner circle' sahaja.

Mereka berdiam bukan kerana mereka malu,atau mengaku salah.Tapi lebih kepada 'mercy' kepada si pelaku dan mereka yang menyokong.Kemarahan yang terlalu tinggi menyebabkan mereka membuat keputusan untuk berdiam,bagi mengelakkan dari melakukan sesuatu diluar kawalan ke atas pelaku dan yang lain.

Kerana mereka berfikir,mereka boleh berubah,mereka boleh move on.Tapi si pelaku dan penyokongnya takkan berubah.Dan mereka akan berulang2 mendatangkan kemarahan pada mangsa.Oleh itu mangsa membuat keputusan tuk berdiam diri atau mudah kata membawa diri.

Boleh kata, 'its an act of mercy'.

Sejujurnya aku tak faham,jika diberi rezeki dari Allah dari segi kesenangan belajar,cepat buat kerja,laju selesaikan kerja yang diberi,personaliti dan pertuturan yang sopan,kenapa tak guna rezeki ni tuk masuk ke masyarakat?

Kenapa mesti nak jadi 'bad ass'?
Acah2 hisap rokok.
Acah2 pernah couple banyak.
Acah2 pernah pergi tempat maksiat.
Acah2 gaduh dan gangster.

Kalau betul sekalipun org bodoh je akan bercerita benda2 macam ni sbg 1st impression.

Matlamat tak menghalalkan cara.Rezeki dari cara mcm ni tak berkat.

Nanti duit tak cukup sana sini,rosak situ, accident sana,jodoh tak panjang,zuriat x dpt dan mcm2 lg yg aku dh pernah nampak depan mata aku sendiri.

Menzalimi,menghina orang yang pernah membantu kita pada aku adalah sikap yang paling jijik sekali.

Ketahuilah sesungguhnya Allah maha adil.
Bersabarlah pada mereka yang menjadi mangsa orang2 yang macam ni.Semoga Allah ganti ujian ni dengan rezeki yang baik di masa hadapan.

Amin.

________________

P/s: what if from the start all this kind/nice act was fake?...man...gile2 plot twist.

Thursday, September 9, 2021

TMnet yang lembab.

Menunggu TMnet masuk taman macam bulan jatuh ke riba.

Dah nak masuk setahun,berapa kali isi borang,berapa kali surat sokongan ketua kampung,aku pun dah tak kira.Kesian geng taman aku yang kena follow up kes ni.

Kerja aku dah masuk hujung tanduk.

Maxis Air memang tak boleh diharap,bila quota habis,macam gile Parsec.Frame skip,playblast lompat2.Klik button delay 2-3 sec,nak gerak controller kena tunggu delay action.Keje gile...1 pagi nak kena bangun buat kerja,sebab time tu la speed laju,sebab traffic low.

Penat macam ni,aku sayang kerja aku.Aku takde masalah dengan salary,dengan workload.dengan management di department aku..tapi aku macam rasa ada je benda nak jadi macam Allah nak suruh aku move on dari kerja ni.



---------------------------------------------------------

Baru-baru ni aku discover,yang sangkut bukan connection aku,walaupun maxis air slow,still boleh stream netflix,youtube.

Aku off sume dan on Parsec opis aku,terus hang,drop frame..slow connection.

Mula2 aku tak suspect lagi.

Then parsec hang lagi,sangkut2.Aku terus double klik icon netflix kat dekstop aku,play sitcom friend.Susprisingly laju.

Ok.

Aku on youtube,random video 720p.

Seperti yang dijangka,streaming tak sangkut.

Aku on parsec,bukak maya,delay....tarik timeline,delay kaw2.On playblast,lompat frame kaw2.

Aku terkasima....

Recently alot of co worker aku complain tentang lag,mostly yang guna fiber,and bile ayam tambatan report baru la orang atasan percaya connection kat opis problem.

kes aku?....well~

After all aku kena panggil meeting,kena tiaw,sampai xde excuse,habis duit beli laptop...all this time aku duk blame salah aku sendiri,rupa2 nya problem datang dari opis sendiri.

Aku speechless,ak tak tau nak cakap ape.

---------------------------------------------------

Minggu ni 18sec workload.

Aku berharap dorang potong 2 shot,but nope.Aku malas nak bersuara,base on pengalaman lepas,aku dah agak apa ayat drg akan bagi.

Dengan quota maxis dh habis,aku dah tau this not gonna work well.

Tapi aku still jalan.Ahad lepas setel rumah aku buat blocking,dengan merangkak2 aku buat sampai 3 pagi,then rehat.

------------------------------------------------

Hari ni rabu,dateline.

Aku bgtau yang workload ni terlalu berat tuk aku finishkan on time.So aku mintak budi bicara,sekurang2nya approval dan masa tuk siapkan.

Ok lah,no pressure.Walaupun slow,thing work well...jauh lagi tapi aku plan satu per satu.

6pm lead tanya progress,ak report.

Lead tanye feedback,so ak bagi pendapat aku,drg tau ak ade masalah connection,aku harap drg blh bagi shot pendek2,banyak2 pun takpe,asalkan x panjang sebab lagging and susah nak finishkan dalam keadaan macam ni.

Seperti biasa jawapan yg aku paling tak boleh terima : "amik inisiatif hari weekend kalau rasa workload heavy."

Well ..... im done.

Mentaliti yang sama,over and over again.Kau rasa kalau aku on weekend connection laju ke?Its still the same.Why would i spend my weekend to work while i need a rest from all this stress?Ape aku ni bukan manusia ke?I'm been working on weekends for 8 years!! Under my own initiative.And now when i need time to rest properly and work normally aku kena kecam tak amik inisiatif kerja weekend?

WTF man.

--------------------------------------------

Hari ni aku setelkan kerja sebelum jam 12.Esok aku nak request cuti seminggu.After that aku akan fikirkan ke mana aku nak bawa diri.

Im done....ni semua gile.Ade je benda nak menjawab dekat aku.Aku fed up.

--------------------------------------------

Pagi ni aku research job around area rumah aku.Isi borang recruitment dan hantar email dengan resume.

Sementara tunggu brief,masak breakfast dan tengok tutorial PHP kat youtube.

Aku reply chat dari leader dengan cara yang elok.Aku masih marah tapi aku kena be profesional,lagipun aku masih respect leader2 aku terutama yang dah berkeluarga.

Kalau boleh aku taknak ade beef dgn dorang even after aku tukar kerja nanti.If possible la,its all depend kat dorang.



Ingatkan aku dah sampai destination,end up just pit stop je....yare yare.

Jauh lagi perjalanan nampaknya.

Saturday, June 12, 2021

Its what you've got.

Semalam macam ride roller coaster.Its start with a disciplinary talk and going straight to personal issues.Aku dapat laptop dlm masa 4 jam purchase.Ofcourse guna Lalamove, delivery payment ...yup RM60.
Tapi tu je the best option aku ade considering malam ni dateline dan aku ada 3 shot tuk disetelkan by tonight.
Magrib aku receive laptop,masuk rumah terus on kat couch install semua yg necessary tuk WFH dan pecut.




Imagine tengah bulan,time mco,beli laptop rm950 (ofcoz secondhand) semata2 nak catch up dateline hari tu.Memang keje gile.At least better dari pc aku, connection still slow but the response time dalam parsec better.At least boleh tengok frame by frame dengan clear.

Sayangnye,memang tak sempat.Paling lama aku boleh hold pun sampai pukul 5:30.Mata aku dah berat.10:00 pagi kang ade meeting ep baru.

So....yeah.Aku redha,but still aku continue buat shot sebaik mungkin.Aku takkan abadon job macam tu je.

Lebih kurang 12 lebih aku kena panggil meeting online.

The rest was history.

----------------------------

This is the story yang aku tak rasa nak share dengan those exec or director or any higher up or even co worker aku sendiri.

Sebab nampak macam lame excuse.

Aku just letak sini,sebab one day aku akan trace back this post to remind me of what i been trough to survive.

Sebab aku menangis time meeting tadi,which aku sendiri tak expect yang people can drive aku to the corner out of the track.Aku assume yang stay dekat sini dah tak jadi fokus aku sekarang ni.Dan aku assume being soft spoken and nice to certain people was a waste of time.

Paling penting,they will be someone yang tak give a damn thing about the changes kau buat dalam life and keep digging the past yg kau already buried.

Words like :
"kau kena buat macam ni macam tu.."

Yeah,aku dah buat and masih lagi buat.Dan kalau kau tak nampak and aware aku tak blame kau,but please dont assume kalau tak tahu..please.

Or

"ape solution kau for this problem,to prevent this..."

Dude i already told you,aku dah take up action,i buy this f**** laptop ASAP.I even pay for that VPN!!!
Its clear someone tak bagi attention bila aku bercakap before.

Someone masuk dalam this room half cooked and with personal intention.

Kalau aku tak professional,aku akan break this person mentally tapi aku fikir tentang adab dan hormat aku pada orang.

Jujur aku cakap,tu bukan lawan aku.Aku fikir tentang keluarga orang sebab tu aku hold back.
Honestly aku agree with the point,tapi bile conversation dah kelaut,aku triggered.

Aku dah tak boleh toleransi dengan perangai yang macam ni dah.

-----------

Lepas setel saki baki kerja aku terus tidur,flat atas lantai...of cos semalam tidur pun x sampai 2 jam.

Bangun dah 1 pagi.Tekak aku rasa haus gile.
Aku terus ke freezer minum susu.That was the best susu aku pernah minum seumur hidup aku.

On laptop,connect parsec setelkan 2 layout.

Spotify gatal play lagu2 giveup and sedih.

Masa ni kepala aku fikir macam2.Grabfood,foodpanda,jual rumah,balik johor,kerja fnb,hantar surat berhenti dan macam2 lagi.

Sambil tu tgk insta story coworker,tik tok tntg a guy bawak selimut to comfort babi yg dia bela.Title dia 'When prod try to comfort animator' something like that.

I guess im that babi huh..~

Tak nafikan aku terhibur, suddenly spotify aku play 'its what you've got'-pete dello and friends.

Bile dengar lirik aku tersenyum.

Yup screw it...dehel with this feeling guilty.
Giving up?
Kesah ape aku.

This is what i got at this moment,and im gonna hold this.If someone trying to take away from me,im gonna fight him/her.No more feeling guilty or respect.Screw all of that.

At least sampai aku ready tuk move one ke kerja lain.
--------

Setel keje aku on netflix and bukak back to the future movie.
What would i care much bout those damn thing at office while i have all this good thing around?

Its what you've got - Pete Dello and Friends

It's what you've got, it's what you've got
It's what you've got, it's what you've got
True love is, true love is

And it don't matter what you do
And it don't matter what you say
But hold on my friend, hold on my friend
And it don't matter if you're right
And it don't matter if you're wrong
But hold on my friend, hold on my friend
And even though the world may laugh at you

It's what you've got, it's what you've got
It's what you've got, it's what you've got
True love is, true love is

Oh, listen very carefully
And I'm sure that you'll agree
To hold on my friend, hold on my friend,
And in your heart you know it's true
That what you want belongs to you
So hold on my friend, hold on my friend
And even though the world may laugh at you

It's what you've got, it's what you've got
It's what you've got, it's what you've got
True love is, true love is

True love is


Friday, May 14, 2021

Raya PKPD and living well

After all the effort last year,in the end tahun ni beraya dalam rumah.

For those kaki jilat kkm,puak pro vaksin yg tahu ikut tp zero knowledge on vaccination,for those kaki konpirasi yang tak habis2 bernegatif dan toksik,for those org agama yang langsung x layak untuk keluar fatwa dalam media sosial...this is for all of you.seronok kan raya kat rumah?

My effort kena work with full sop sebulan lebih masa 1st pkp sedangkan org lain dlm company duk umah with anak bini dpt gaji free go for nothing.Dan org2 ni sekarang kuat bersuara,lantang mempersoalkan keadaan sekarang seolah2 mereka saja yang susah.

I really wish them to shut their mouth this time.

-------

Hari ni masuk raya kedua.Pagi2 sebelum subuh ak dh pack folding bike ak n drive around kampung cari pokemon sambil tunggu azan subuh.

Ramai jugak org kat surau kmpg ni.Somehow aku nak donate tuk renovation surau ni...doa2 la aku kaya suatu hari nanti ye.

Drive pusing klang dr pagi ke tengahari.Singgah kat taman rekreasi pandamaran.Sempat borak dgn uncle india jaga tandas situ.Dia tanye raya kerja ke.Aku cakap jalan2 je dalam kereta.Somehow dia sgt peramah.Dia borak tentang anak dia kat segamat tak dapat balik.

Aku perasan org kat sini peramah.Last time aku nak beli barang tukang kat kedai uncle then dia cakap kedai dia ada jual yg biasa punya.Instead suruh aku beli dia punya,dia suh aku pergi kedai lain yg ade jual,siap bagi alamat kedai lagi .

Same with uncle yg aku jmpe nak beli langsir.Dia cakap takde jual.Tapi suruh aku pergi blok depan sebab ade kedai bangla jual langsir.Somehow aku bersyukur dpt tgk this side of perspective.

Btw tandas tadi Rm0.50 per entry.Aku macam okeeeyy...ade lagi tandas bayar.But aku tarik balik,sebab tandas situ bersih gila.Even surau dia pun bersih.

Sebelum beredar aku wish hari raya kat uncle india tu.

Well kat pulau kedai makan x bukak langsung.Hari ni aku xde mood nak masak.So aku redah sekali lagi keluar pulau tapau fast food.

Sampai umah dh nak maghrib,bebudak ramai lg men kat luar.Jiran tengah layan tetamu dtg.

After settle down everything,ak cuci bekas2 lauk raya semalam dan lepak kat couch layan netflix.

Tak sure malam ni nak buat ape,buku bnyk x bace,netflix bnyk x tgk lagi,monhun rise pun ade lagi nk finishkan.Ps4?....aku malas nk bukak.sama la dgn pc aku.haha

Right now aku enjoy this peaceful life.Aku rasa bersyukur sgt.Aku tau yang banyak aku hilang for this,but i think it worth the trade.

Lagipun bukan ak yg nak trade semua ni.Society yang paksa aku tuk buat decision ni.