Thursday, August 25, 2011

1001 kisah di Mentari.

Selama 3 bulan,akhirnya aku membawa diri ke tempat orang.
Harap2 kali ni semuanya berjalan lancar.

Aku tak minta lebih dari Tuhan,sekadar petunjuk dan jalan supaya aku dapat berubah menjadi seseorang yang lebih baik.sekurang-kurangnya untuk diri aku sendiri dan keluarga.

Buat masa ni aku simpan hati aku dalam peti,simpan untuk sementara waktu.
Aku letak kuncinya di tepi dan harap2 suatu hari nanti ada orang yang sudi bukakkan dan ambilkan untuk aku

15hb sept final presentation.

Semua orang dah balik.Tinggal aku,eng dan berry lepak di lab..bertemankan Maya 2012.

Raya ni org sibuk tlg family buat persiapan raya,aku pulak sibuk merender di lab..huhu
Takpe la,dah namenye animator,kena la rasa life macam ni.

Tahun depan kalau ada rezeki betul2 rasa nak pergi jepun.Lagi best kalau dapat bawak seseorang ikut sekali.

Tengok la rezeki lepas CG skill ni macam mana.Semalam dapat contact dr tempat yg aku praktikal di pineng dulu.Dorang call aku sbb nk ksk sedikit upah semasa aku praktikal kat sana,under projek yg ak pernah join.

alhamdulilah,rezeki raya...walaupun aku just volunteer je time tu.Mungkin sebab kita ikhlas nk tolong, org pun ikhlas nak memberi.

Dalam hidup,tuhan temukan kita dengan pelbagai jenis orang.Tak semestinya orang yg kita jumpa dulu adalah yg penting bagi kita.Mungkin yang kemudian tu lebih baik.Mungkin juga lagi teruk.

Tapi ape pun,setiap pertemuan tu ada hikmah dari tuhan.Kalau tak kenapa ianya terjadi?

Tinggal sendiri saja berfikir apa hikmah di sebaliknya.

Sekarang ni aku cuma fikir tuk bahagiakan org yg aku suka.Aku nak buat dia tersenyum dan ada saat dia sedih.Paling penting dapat berkongsi saat dia gembira.
Sama ada dia nak bahagiakan aku atau tidak,itu pilihan dia.Hak dia untuk memilih siapa yg dia ingin bahagiakan.

Dalam dunia ni tak semua yg kita buat akan di balas balik setimpalnya.Memahami konsep ni dengan jelas,korang akan tahu apa maksudnye melakukan sesuatu dengan "ikhlas".

"Selamat berpuasa!! =)"

----------------

p/s:tibe2 ak rasa semnjak 2-3 bulan ni ak dh jadi protective..huhu susah la mcm ni o_0"